1. Iman kepada Allah
2. Percaya kepada 'Sahabat'
Hari ni saya nak bercerita tentang sahabat saya di UIA. Sahabat merangkap saudara dan juga adik beradik. Kami ni ibarat air yang dicincang takkan putus la, cam adek-beradek.. Even terase hati macamane pun, gaduh macamane pun, kami tetap berkawan dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengarut setiap hari. Kami berkongsi cerita, suka dan duka bersama-sama, ketawa bersama, menangis bersama, ke kelas bersama-sama, study bersama-sama, makan bersama-sama, melepak bersama-sama dan macam2 lagi la bersama-sama. (tak larat nak type). Huhu.. Niway, hari ni saya nak kenalkan rakan-rakan saya yang saya sayang bangat! hehehe..
Ok, kita mulakan dengan sahabat yang ni.. Nama dia Nurul Liyana Bte Abd Rahim. a.k.a Zara Liyana. Orangnya tinggi kot.. (Tinggilah antara kami2). Huhuhu.. Hobi dia suka menulis and dari hobi dia tu terbitlah sebuah novel bertajuk 'Rindu Tercipta'. Coming soon novel dia yang kedua tapi tak tawu bila nak publish. Huhu..
Dia ni seorang yang suka loya buruk and gemar melakukan aksi2 spastik. Sangat over ok! haha.. Sangat suka membuat tarian2 mengarut dan tak masuk dek akal! Kadang2 tu sampai malas nak layan. Hahaha.. Juga kuat mengigau dan mengigau paling teruk yang pernah dia alami adalah apabila pukul 2 pagi die dengan bahagianya meminta saya tosai dan capati. Apa kejadahnya kul 2 pagi mintak tosai? Adeh!
Gadis ini juga seorang yang lurus. Cakap la apa-apa pun, 98% dia akan mempercayainya. Even kalau saya cakap budak umur 5 tahun dilantik menjadi PM pun dia akan percaya tanpa meraguinya. ;p
Ok, next adalah sahabat saya yang bernama Nurshazwana Bte Nayan. a.k.a Mak Wan. Dia ni seorang yang lembut sebenarnya tetapi tegas! Huhu.. jangan bermaen dengan api! heehehe.. Seorang yang comel dan fotogenik. (jeles tau). Amek la pic dia macamane gaya pun, tetap cantik! (upah ye). Huhu..
Dia ni kalau bercakap, alahai.. slow amat suaranya.. Haha.. Trademark dia lau kitowang salah cakap adalah '...... pun bolleeyy!'. Juga boleh tahan melawak dan mengarut.. Hobi dia suka pergi pasar malam. Hahaha.. Sekarang sedang mengejar cintanya. Orang laen mengejar cita-cita, yang dia ni mengejar cinta. Hahaha.. Niway, saya doakan sahabat saya ni bersama dengan orang yang dia cintai.. Wah! jiwang gitu! Ngeh3..
Ha, yang ni pula sahabat saya yang bernama Nurul Diyanah Bte Jais. a.k.a Mak Yan. Dia ni ala2 model wannabe la.. Juga seorang yang fotogenik dan juga fotogedik, Hahaha.. Kitowang lau jalan berdua mesti orang cakap kembar. Celah mana yang kembar pun tak tawula.. Dia selalu cakap yang kami ni kembar tapi dia ada tambah lagi la. Dia kata kembar, tapi dia lawa lagi. ;p (yer la, lawa lebih la). hahaha..
Dia ni seorang yang unpredictable. Dia boleh menjadi seorang yang ceria dan aktif tak memasal at da same time dia boleh jadik pendiam secara tiba2. (bila gaduh ngan bf). huhuhu.. Juga seorang yang sensitif. Gemar bershoping and high taste. Kalau nak shoping apa2 boleh la ajak dak neh, pasti puas hati! Haha.. da macam promoter plak dah.. Dia juga suka mintak maaf.. Benda kecik pun nak mintak maaf. Terpijak semut pun lau boleh nak mintak maaf kat semut tuh. Kehkehkeh..
Sahabat saya yang ayu ni pula bernama Farah Nadzirah Bte Lokfi. a.k.a Fara. Seorang yang sangat lembut dan penyayang. Boleh dikategorikan sebagai seorang yang lurus juga seperti Zara Liyana. Selalu terkena dengan kami pada awal perkenalan dan tidak lama selepas itu, kami pula yang selalu terkena dengan beliau. (lawan tokey!). Hahaha..
Fara sangat berbakat dalam bidang fotografi neh. Dia juga pandai dalam bab tawar menawar. Peh! cam tak caye lau tengok dia pegi menawar harga. Hahaha.. Bakal bertunang tak lame jek lagi and of cos akan mendirikan rumah tangga bersama encik sushine yang sangat dia sayangi..
Yang ni pulak Fazila Bte sharom. a.k.a Faz pendeng. Nampak tak pic dia neh.. Gedik tak? Gedik kan? Haa.. macamtu la dia yang sebenarnya.. Selalu merasakan diri lebih tinggi dari saya apabila menggayakan wedges die yang tinggi amat tuh! Padahal kitowang sama jek tinggi. Ngeh3..
Dia ni seorang yang rajin dan sangat patuh pada ibu bapanya. Bagus neh! Kira anak solehah la dia neh.. Sangat tak suka ponteng kelas. Kalau boleh hari minggu pun nak gi kelas. Ish2.. Bagus sangat budak neh. Kalau la UIA ade anugerah kehadiran cemerlang macam sekolah2 dulu, mesti every sem dia dapat nyer la.. seriesly! Juga gemar terpeleot tapi kami wat2 tak nampak la dan sangat menyayangi myvi dia tu..
Last but not least adalah one and only sahabat lelaki saya di UIA. Nama dia ni Ahmad rifdi Humaidi. a.k.a Mak Mah. Umur da lanjut tapi perangai kalah budak2! Haha.. Over exegerate dalam setiap percakapan dan perbuatan. Sangat rajin dan berusaha lebih untuk mendapatkan sesuatu. Sangat tak sabar nak mendirikan rumah tangga tetapi calon tak de. Hahaha..
Dia ni ala-ala abang kepada kami semua la. suka memberi nasihat dengan gaya mak mah dia tuh. Juga menjadi encik supir kami dikala kami menginginkan ayam penyet ataupun KFC dan suka membantu kami dikala susah. Gemar ketawa dan gemar menyakitkan hati orang ngan lawak2 bengong dia. Hahaha..





8 comments:
wah..tak sangka dak fiza aka mak wan ni menyenaraikan abg tue lanjut dlm top 6 die. mak mah bangge!! hohoho..tibbhaaaa! thanks dak fiza...friends forever...:)
errr..aku xmasuk list ke??haha
dean: kau nyer list laen. haha..
Rifdi: Mak mah!! mak mah ke ni?? camne mak mah leh lepas sini neh!! hahaha..
Gue bakalin femes ya? Waduh! Gue nombor satu! Sbb gue itu plg tinggi antara kalian! Ahaks!
nana: lu' bukannya femes! tapi lu' emangnya paling byk lucu mahu dikongsikan dong!!
cepat buat estri yang aku masuk list..haha
waaahhhh comel....diri ini lemah lembut kah??? ;)
mekasih fiza cyg...
dean: nnti ye.. ;p
fara: huhu, most welcome. ;)
Post a Comment