Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Wednesday, June 1, 2011

wedding sana sini..

    

     Since 2 minggu yang lepas, weekend memang tak duduk umah, asyik pergi kenduri kawen jek.. Last 2 weeks wedding my kazen erin dengan husband dia orang Sabah. Kata orang lau kawen dengan orang jauh,  anak pandai2 belaka nanti. huhu..  Mudah-mudahanlah.. Last week pulak wedding my besty dekat Kulai. Sangat meriah. Bukan saja dapat tengok Wani bersanding tapi dapat jumpa kawan2 baek time sekolah teknik dulu, nana and mun. Seronok sangat! Lepas rindu kat diowang. Da alang-alang berkumpul, tak sah la lau tak keluar cite zaman2 sekolah dulu.. Funny sesangat bila ingat balik, tambah2 lagi bila si Wani keluarkan semua pic2 time sekolah2 dulu. Adeh! muka budak2 sangat time tuh, tak sanggup nak tengok. haha.. Cite paling hot tentu2lah cite kami masa duk kat asrama dan berhadapan dengan bonda a.k.a warden asrama yang sangat2lah garang.. ngeri lau nak ingat balik, lagi ngeri dari hantu dalam cita karak. Malas da nak ingat. Huhu..
     This week plak bakal berlangsungnya wedding my kazen gak tapi kazen belah mak pulak. Wedding yang ni kat KL lak. Tak tawula camne nak pegi ni. Jalan pun tak tawu. Tak pegi cam tak best lak. Dia da warning siap2 suh datang majlis die nanti. Adeh! kena pegi jugakla camne pun. Huhu.. After wedding my kazen yang ni, next weeknyer wedding my lecturer pulak kat Johor. Majlis yang ini pun kene pikir beratus kali lau tak nak pergi. Lecturer ni my advisor for practicum. Nak tak nak kena pergi gak, tunjuk muka la at least. Ne tawu leh dapat A. Hehe.. Apa-apa pun tuk rakan-rakan dan saudara mara yang telah atau bakal mendirikan rumahtangga, semoga perkahwinan kamu semua kekal dan bahagia ke akhir ayat ye. Huhu..


Sunday, May 8, 2011

I'm glad that I still have her..

"Jumhur Ulama telah menetapkan bahawa hak ibu lebih perlu diutamakan melebihi hak bapa,utamakan berbakti pada ibu dan bergaullah dengan lemah lembut.Ini adalah kerana di dalam sebuah hadith Rasulullah telah menyebut ibu sebanyak 3 kali dan ayah hanya sekali."    
 Selamat hari Emak, Ibu, Mama, Mummy, Umi sekalian! ;) Especially to my beloved mother Puan Jamaliah bte Maurof. Kalau nak dibalas segala pengorbanan seorang ibu ni, memang tak terbalas la. Sepanjang 23 tahun da hidup kat dunia ni, bila terfikir balik apa la jasa yang pernah bagi kat mak selama ni, memang takde pun. Even ade sekalipun, mane boleh nak lawan pengorbanan mak selama 23 tahun membesarkan diri ku ni haa.. Apa2 pun, bersyukur sangat2 kepada Tuhan kerana menganugerahkan saya seorang ibu yang sangat penyabar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak terutamanya membesarkan saya yang sedikit nakal dan keras kepala ni. Yes, saya admit yang saya ni anak yang sedikit bermasalah la. Sikit jek la, tak banyak. Huhu.. Suka bawak kepala sendiri, dan agak sukar mendengar nasihat. Hehe.. Ape2 pun, jauh disudut hati ni, nasihat emak sentiasa melekat dihati dan kapla otak ini. Hehe.. Nak wat something mesti ingat mak.. Dat is why, saya bersyukur sangat2 dapat ibu seperti emak saya.. Sometimes terpikir gak, esok bile da kawen and ada nak sendiri, boleh ke saya didik anak macamane mak didik saya dan siblings laen.. Hurm, wallahualam.. Niway, teringat pesan mak semalam, bila kami sibuk bincang nak bagi hadiah ape kat mak sempena hari ibu, mak kate mak tak perlukan pun hadiah2 tu sume. Mak cakap mak cuma nak kami tak tinggal solat and jangan melawan cakap mak. Tu jek.. Peh! kena setepek! Huhu..
     Hurm, bercerita psal hari ibu ni, camne pulak dengan kawan2 kite yang  kehilangan ibu mereka. Apa pulak perasaan diowang bile dengar tentang hari ibu, baca post2 kawan laen yang menghargai dan menyayangi ibu2 mereka di fesbuk, bace entry saye ni ke.. Erm, serba salah jugak kat diowang.. Niway, pagi2 lagi tadi saya dikejutkan dengan message dari one of my lecturer yang inform tentang pemergian ibu salah seorang student sociology. Terkejut saya.. Camne la perasaan dia, orang laen gembira menyambut hari ibu bersama ibu yang tersayang, tapi dia pulak kehilangan ibunya yang tersayang dihari ibu.. Apa2, pun kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu dia dan semoga dia tabah dalam menghadapi kehidupan tanpa ibu disisi.. Bagi yang masih ade ibu, haragailah mereka selagi mereka masih ada.. ;)


Monday, May 2, 2011

Pengalaman bekerja

                Ok, masuk minggu ni, da 2 minggu da saye berpraktikal.  Pengalaman yang sangat menarik and tidak mungkin saya lupakan. Pertama kali bekerja dan mendapat rakan-rakan sekerja yang sangat best dan sekepala, juga bos yang sporting sangatlah memberi semangat untuk saya ke tempat kerja. J
                First time masuk kerja pun da mendapat layanan yang sangat best dari ketua and staff2 laen. Dapat meja sendiri. Hehehe.. Best2! Time kaseh la kat si Hazli dan Farizal yang bersusah payah mengangkat meja untuk saya. Seronok bekerja bersama lelaki2 ini. Walaupun pada awalnya mereka2 ini sangat la nampak matang dan dedikasi, rupe2nye gila-gila gak. Hahaha.. Naseb la ade Puan Linda, satu2nya bunga kat Jabatan ni and ketua kepada kumbang2 ni semua. Hahaha..
                Hurm, so far bekerja ni memang la sedikit penat. Tidur pun sangat la awal hari2 sebab tak larat. Hahaha.. Dulu belajar jek, duk dalam kelas paling lame pun sejam 50 minit pahtu ada gap kejap before kelas berikutnya. Sempat la nak rehat2, lepak2, makan2 dulu. Tapi sekarang ni bekerja, rehat sejam jek. Tapi naseb la kerja kat sini tak stress and pressure sangat. Walaupun wat banyak keje tapi kejap2 boleh masuk dapur, tengok apa yang boleh dimakan. Hehehe.. Paling best sekali, Puan Linda yang sangat sporting pun boleh siap masak lagi. Hahaha.. Heaven giler! Tapi yang penatnye bile kat ofis neh asyik mengadap pc jek lah. Saket dah mata neh mngadap computer hari2. Nak wat report, mngadap laptop lagi. Adeh!
lebih kurang camni la bile saya kat ofis. tapi saya tak makan sambil bekerja. saya jenis kerja pastu makan. kerja balik then sambung makan. hehehe..

                Sepanjang 2 minggu neh pengalaman yang paling best tentu2 lah bile dapat ikut si Hazli ngan abang Wan pergi ke Perkampungan Orang Asli. First time ni masuk perkampungan, pengalaman yang best. Dapat tengok gaya hidup diorang semua. Walaupun mereka ni banyak la mendapat kemudahan2 yang disediakan kerajaan tapi gaya hidup diowang tetap camtu jugak. Maybe sebab diowang duk pedalaman kot so diowang tak kesah sangat dengan gaya hidup luar neh. Lau tengok diowang, gaya cam orang2 susah jek tapi wet banyak wooo.. tanah berekar-ekar, berhektar-hektar.. korang ade? Hehehe...
                Minggu kedua ni keje memang duk ofis jek. Tapi start bulan 5 ni da banyak keje luar, so takdela boring sangat duk dalam ofis jek. Rabu depan turun padang lagi pergi ke perkampungan orang asli lagi, pergi pantau mesyuarat mereka disana. Hehe.. tak sabar nak tengok. Then, pergi Melaka plak bawak budak2 tadika mereka pergi rombongan. Sambil2 leh la jalan2 sekali. Huhu.. event yang paling menarek plak time program kesihatan kat salah sebuah perkampungan orang asli dalam bulan 5 ni. Dengar diowang bincang aritu cam best jek. Huhuhu.. Kita tengok je la nanti camne. Niway, arini cuti hari pekerja. Peh! First time ade feeling bila dengar cuti neh. Hehe.. padehal praktikal jek pun. Hahaha.. Apa2 pun, kepada yang bekerja, selamat hari pekerja saya ucapkan. Bekerjalah dengan ikhlas dan happy. Jangan pressure2 sangat. Hehehe.. ;)
               
jangan jadik macam dia. ;(


Jadilah seperti mereka.. ;) seronok jek wat keje.. hehe..


Tuesday, April 26, 2011

Rindu setengah mati

     Masuk hari ni baru dalam 10 hari tak jumpa my bestie Nurul Diyanah and Nur Shazwana. Terase sangat2. Padahal before dis cuti lame pun takde la rindu amat camneh. Maybe dulu naek cuti kami masih boley jumpa lagi tapi naek sem neh, tiada lagi mereka berdua... ;( Walaupun kami sentiasa berhubung tapi rindu itu masih ade. Yerla, sebab tak jumpe.. Baru seminggu berjauhan, semua da berindu-rinduan da. sedih bila bace message diowang kate windu.. Girls! i miss both of u too! damn much!
     Memang sedey amat bila fikir susah da nak jumpe kawan kite yang kita sayang sangat2 and rapat sangat2. Banyak spend time dengan mereka akhir2 sem haritu and macam2 feeling kitowang share sesama. Merekalah kawan terbaek yang saya ada. Walaupun ada terasa hati tapi sikit pun kami tak simpan dalam hati. Kire kami ni da macam adek-beradek la tapi laen mak laen bapak. Hehehe..
     Actually tadi sesaje jek tengok balik pic dolu-dolu. Nampak la gambar2 mereka. Haaiii... sedey lagi. Tapi takpela, tak dapat jumpe, dapat tengok gambar pun jadik la. Hukhukhuk..


    

Friday, April 22, 2011

i hate that guy damn much!

    Ok! entry yang panas sepanas hati ini. Da lame sebenarnye nk tulis pasal menda neh tapi tak sampai hati pun ada, kesian pun ada. Tapi, bila dipikir balik, tak patut pun kesian ngan budak cam itu. Walaupun seminggu dah berlalu tapi susah betul nak lupa. Nak2 bile ternampak muke dia! Ase nak delete jek fesbuk tuh. Ingatkan da takkan jumpa or nampak muka die lagi. Upenye wujud lagi muka die. Hampir lupe da struktur muka dia yang cover itu tapi muncul kembali. Rase cam nak lempang2 jek. Sabar jek la! bak kata orang, easy to forgive but it is hard to forget. Damn agree! Tapi dalam kes ni, hard to forgive and forget. serve your right! Tak pernah seumur hidup ku kacau or masuk campur hal dia then suddenly nak sound2 plak! pehal?? By the way, if my result sem neh disaster, you are the best one to be blame. Agak2 la nak wat hal during exam period. Nak kate tak pandai, masuk U. Apa2 pun, kepada individu tersebut, nama penuh anda pun saya tak tahu, so sila blah dari life saya! ;) 

Thursday, April 14, 2011

Finally! saye update blog. ;)

    Owh! da lame rasenye tidak menghupdate blog neh. Rindu amat! Followers makin bertambah. time kasih pada yang follow. (Walau ku tahu ni sume kijo kakak ipar ku). Hahaha.. Pada yang berblogwalking di blog ini, terima kasih sgt2. Saya akan berblog walking kembali ke blog anda. ;)Niway, skang masih di UIA. menghitung hari untuk last paper for dis semester. Mood study memang da takde so kene paksa gak la. Habis last paper neh maka berakhirlah sengsara exam sem neh. Dari mula 1st paper aritu memang rasenye cam xde yang boleh dibanggakan. Sume macam susah sangat. Ya, padan muka saya! sape suh tak study betul2. Takpe, next sem ade lagi. Ada masa lagi nak berubah. Huhuhu..
    Tinggal 2 hari jek lagi nak exam and 2 hari ni jek la masa yang ada untuk di'spend'kan bersama kawan2 yang tersayang. Kenapa la aku berkawan dengan budak2 yang habis awal, kan da kena tinggal sengsorang. Huhuhu.. Tak tawu la camne gayenye duk UIA sorang2 sem depan tanpa 'mereka'. Argh! cant imagine! Ape2 pun kena kuat semangat. Even diorang tiada disisi, namun diorang tetap dihati. (ewah!).. ;) Gonna miss my beloved friends: wana, nana kecik, nana besor, faz and fara.

Saturday, February 12, 2011

Di'tag' lagi. ;)

     Yeah! gembira lagi apabila ditag lagi hari ni.. Time kasih kepade cik Yana kerana sudi menge'tag' saya. Diharapkan jawapan2 saya cukup membuatkan anda rasa berpuas hati ye. ;) Disebabkan ade 2 soklan jek so kami yang di tag di suruh menjawab dengan panjang lebar nye. Baekla! saya akan menjawab sepanjang yang boleh. ;)

Antara pilihan yang diberikan ni, siapa yang korang rasa boleh jadik future husband korang:
a. Kawan or kawan baik korang sendiri
b. Saudara
c. Jiran
d. Rakan sekolah
e. Ex- boyfriend
f. Boyfriend korang
g. Semua yang diatas
    
     Hurm, banyak tul pilihan. Rambang mate jap nak pilih yg mane. Hahaha.. Lau jawab 'g' leh tak agak2? hee.. Erm, pilihan banyak tapi satu pun tak kena la. haha.. Disebabkan hari ni saya sangat rajin so i'll explain why ya.one by one. (nak bg pjg punye pasal). Huhu..
   a.  First and foremost, Saya rase saya takkan pilih kawan2 atau kawan baek saya sendiri la as my future husband. Huhu.. bukan ape, for me, once I consider him as my  friend or my bestfriend, he will stay be my friend forever and ever. No reason. Tak cam awkward ke lau tiba-tiba nak panggil kawan kite sendiri abang or sayang?? Pelik an? Hahaha.. so, tak boleh la. I dont want to be hypocrite or change myself to another person. My heart is fixed ok! hehe..
   b.   And then, saudara.. Hurm.. Lagi la tak ok! Not really encouraged in religion. Sedara and sepupu sepapat da cam siblings sendiri. Mane leh jadik suami. Hahaha.. Lagi satu saya nak anak saya pandai2 sok besar. hehe..
   c.   Lau jiran plak, pun tak kot. Tak mencabar langsung la kawen ngan jiran. Nanti kawen takleh nak gaduh2 balik kampung sape time raya. So tak mencabar sangat la lau kawen ngan jiran neh.
    d.  Rakan sekolah pun tak leh sebab sume da berpunya! hahhaha..
    e.  Ex- boyfriend sah2 la tak.. Name pun 'ex' kan. Lau da clash maksudnye ade la tu yang tak kena. Lau couple takpe lagi putus. Lau kawen sok, takkan nak bercerai lakkan. Nauzubillah..
    f.   Boyfriend pun takde, camne nak kawen.
     In conclusion, (da cam wat essay 50 pges lak) jawapan sy adalah bukan semua diatas. Heehe.. For me, I will choose the one that I love (one and only him). Even still far away, I'll be waiting till the last. Waa.. (jiwang jap eh).

Apa characteristics korang nyer soulmate?

     Ya2, saya suka jawab soklan neh! setelah lebih 5jam 45minit 16 saat memikirkan nya. Finally! I am ready to answer. Bukan baru dapat idea nak jawab ape ye tetapi baru ready nak jawab soklan killer neh. Lagi killer dari soklan mid term social anthrop. Huhu. so, disini saye list down kan antara ciri2 my future soulmate:

1. Cam biasa la, jawapan standard. Nak yang beriman. harusla! sbb dia kena bimbing saya nanti yet his knowledge about religion must be wider than me. Barulah takde istilah 'isteri derhaka' kawen nanti. plus! saye nak masuk syurga. Kan tak cium bau syurga lau derhaka kat suami. Cium pun tak dpat, jejak kaki ke syurga ape kan lagi lau derhake kat husband. Ish2..

2. Able to accept me as I am. (without any sound = jgn banyak bunyik). hahaha..

3. Funny but not so annoying. I love to laugh! but.. something dat can be accepted by society as a whole. (pengaruh sociology) Hahaha.. Bukan ape, sometimes ade yg suke melawak tapi melawak yg ntah ape2. nak gelak pun sakit jek rase..

4. Tall. Ya.. Ni ciri2 yang paling penting yng perlu ade pada soulmate saye. Hehe.. He must taller than me. Reason dia mudah jek, coz i'm short. ngehehe.. Nanti anak2 kene ikut ayah die, lau ikut mak, payoh ler. Huhu..

5.  Respect my family n friends. ade ke org yang nak husband or wife die kurang ajar ngan parents die? takde kan? huhu..

6. I love a guy who loves children. Look so nice au guy camneh. Nanti lau kawen senang, die leh jage anak, saye duk goyang kaki jek. Ngeh3..

7. Nak yg ade basic martial art. Kungfu ke, taekwando ke, silat ke.. Ape2 jek la. Lau taekwando baru tali pinggang putih pun takpe. At least ade gak protector kan. So safety tu terjamin la. hakhakhak..

8. Kalau boleh nak tulis banyak lagi neh. Idea neh da melimpah ruah seperti air terjun victoria yg menderu turun kebumi tapi jari jemari neh da tak larat da nak menaip. Hehe.. so sampai sini jek la ye. Huhuu..

So, skang neh, saya dengan bangganya mengetag:
Liyana Zahim
Mak Wan
My sis

Di'tag' dan menge'tag'..

     Ok, actually da lame da kene tag ngan cik Liyana Zahim and Mama Rayyan. Tak nak wat pun sebenarnye. Hahaha..  tapi disebabkan hari ni tersangat2la buhsan plus tak tau nak watpe so terase rajin plak nak menjawab soklan2 dari mereka. Huhuhu.. Niway, thanx la kpd mereka berdua kerana mmbuatkan hari saya sangat berharga. Jika tidak kerana soklan anda, kemungkinan besar saya akan mati kebosanan pada hari minggu.


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
~ Laptop, tenet, tepon. Tapi yg paling penting MONEY. Ups! dont get me wrong, bukan mate duitan ye tapi lau takde wet camne nak beli mende alah tu sumekan.

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
~ Lau benda terakhir beli, 2 hari yg lepas la, beli pemadam sebab pemadam lama hilang so beli yg baru. Tapi tu pkai wet PTPTN. Lau wet sendiri beli tabung pakai wet hasil keje. Tabung tu nak wat simpan wet keje sebenarnye tapi kosong jugak sampai sudah.

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
~ Kat Masjid Syah Alam. First time pegi situ dulu da berangan nak kawen kat situ da sebenarnye. ngeh3.. Erm, lau kat masjid takkan tema telekung plak ek. Tak kesahla, asalkan tutup aurat.

4.Adakah korang sedang bercinta sekarang?
~ TAK.

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
~ Lau da ade husband, until he die. then i kawen laen. haha.. takde la, gurau jek. Harusla sampai bila-bila. Infinity!

6.Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
~ Buku Istikharah cinta. (Sampai skang tak caye camne leh beli buku tuh).

7.Apakah nama penuh korang?
~ Name ikut ic Rafizah Rosli. Agak2 nak pnjang lagi, tambah sendiri la nur ke sharifah ke kat depan name tuh.

8.Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
~ Mesti la mak bab mak pompuan. Senang nak share2 cite. Huhu..

9.Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
~ Family dan kawan2. Tapi diowang memang da ade dalam hidup da. Yang takde lagi dalam hidup tp nak die ade dalam hidup adalah... Teetttt!! hahaha..

10. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
~ Ya, saye basuh baju sendiri menggunakan machine. (jawab soklan tak agak2?)

11. Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
~Mekah. Nak gi sangat2. tak dapat wat haji, wat umrah pun jadik la.

12. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar ?
Aizat - Sungai Lui
Fili - Bila cinta
Bruno Mars - Talking to the moon
Linkin Park - Waiting for the end
Nelly - Just a dream

Skang neh nak dengar jawapan dari :
Kak Jie
Mak Wan
Dean
Cik Fara
Kak Tie

Thursday, February 3, 2011

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !


Ok! Pertama-tama sekalinyer nak say thanx to Liyana Zahim coz tag sy untuk contest neh. Mulanya agak segan la nak join contest neh walaupun sudah lame di tag. Bukan apa, seriesly, dulu blog sy sangat2 la suram, suam2 kuku, tak menarik, tak kalerful, tak cantik, tak comel, tak kemas dan macam2 tak lagi la. Tapi! disebabkan contest neh, sy dengan rajinnyer telah bersusah payah mengemaskini kembali blog saya dan... nah! inilah hasilnya. Tapi tak habis edit lagi. masih ade mase lg neh and masih berusaha mencantikan, mencomelkan dan mengemaskan blog ini. Niway thanx jugak kepada miss Farzana coz dengan kreatifnyer telah mencipta contest neh. ;)

Bagi sesiapa yg rase nak ade semngat untuk mencantikkan lagi blog ataupun sesape rase blog die da memang cantik, comel and kemas, jgn segan2 nak join. syarat dia mudah saja. Anda hanye perlu:
  •  macam biasa jadi follower kepada FARZANA FARZANTO dulu. (tuan nyer blog yg wat contest neh)
  • peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  • ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  • buat 1 entry tentang contest ni.
  • tag 5 orang rakan blogger.
  • letak banner di side bar blog dan link kan terus ke entry ni.
  • setelah selesai, tinggal kan link entry berkenaan dengan contest ni.
  • penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  • dalam tempoh sebulan ni bolehla digunakan untuk menghias blog. I loike! ;)
Dengan ini saya dengan bangganya menge'tag' kalian yg mmpunyai harapan yg cerah untuk memenangi contest neh. hehehe..


Wednesday, February 2, 2011

Sahabat saya

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan:
1. Iman kepada Allah
2. Percaya kepada 'Sahabat'

     Hari ni saya nak bercerita tentang sahabat saya di UIA. Sahabat merangkap saudara dan juga adik beradik. Kami ni ibarat air yang dicincang takkan putus la, cam adek-beradek.. Even terase hati macamane pun, gaduh macamane pun, kami tetap berkawan dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengarut setiap hari. Kami berkongsi cerita, suka dan duka bersama-sama, ketawa bersama, menangis bersama, ke kelas bersama-sama, study bersama-sama, makan bersama-sama, melepak bersama-sama dan macam2 lagi la bersama-sama. (tak larat nak type). Huhu.. Niway, hari ni saya nak kenalkan rakan-rakan saya yang saya sayang bangat! hehehe.. 

      Ok, kita mulakan dengan sahabat yang ni.. Nama dia Nurul Liyana Bte Abd Rahim. a.k.a Zara Liyana. Orangnya tinggi kot.. (Tinggilah antara kami2). Huhuhu.. Hobi dia suka menulis and dari hobi dia tu terbitlah sebuah novel bertajuk 'Rindu Tercipta'. Coming soon novel dia yang kedua tapi tak tawu bila nak publish. Huhu..
     Dia ni seorang yang suka loya buruk and gemar melakukan aksi2 spastik. Sangat over ok! haha.. Sangat suka membuat tarian2 mengarut dan tak masuk dek akal! Kadang2 tu sampai malas nak layan. Hahaha.. Juga kuat mengigau dan mengigau paling teruk yang pernah dia alami adalah apabila pukul 2 pagi die dengan bahagianya meminta saya tosai dan capati. Apa kejadahnya kul 2 pagi mintak tosai? Adeh!
    Gadis ini juga seorang yang lurus. Cakap la apa-apa pun, 98% dia akan mempercayainya. Even kalau saya cakap budak umur 5 tahun dilantik menjadi PM pun dia akan percaya tanpa meraguinya. ;p


     Ok, next adalah sahabat saya yang bernama Nurshazwana Bte Nayan. a.k.a Mak Wan. Dia ni seorang yang lembut sebenarnya tetapi tegas! Huhu.. jangan bermaen dengan api! heehehe.. Seorang yang comel dan fotogenik. (jeles tau). Amek la pic dia macamane gaya pun, tetap cantik! (upah ye). Huhu..
     Dia ni kalau bercakap, alahai.. slow amat suaranya.. Haha.. Trademark dia lau kitowang salah cakap adalah '...... pun bolleeyy!'. Juga boleh tahan melawak dan mengarut.. Hobi dia suka pergi pasar malam. Hahaha.. Sekarang sedang mengejar cintanya. Orang laen mengejar cita-cita, yang dia ni mengejar cinta. Hahaha.. Niway, saya doakan sahabat saya ni bersama dengan orang yang dia cintai.. Wah! jiwang gitu! Ngeh3..


      Ha, yang ni pula sahabat saya yang bernama Nurul Diyanah Bte Jais. a.k.a Mak Yan. Dia ni ala2 model wannabe la.. Juga seorang yang fotogenik dan juga fotogedik, Hahaha.. Kitowang lau jalan berdua mesti orang cakap kembar. Celah mana yang kembar pun tak tawula.. Dia selalu cakap yang kami ni kembar tapi dia ada tambah lagi la. Dia kata kembar, tapi dia lawa lagi. ;p (yer la, lawa lebih la). hahaha.. 
     Dia ni seorang yang unpredictable. Dia boleh menjadi seorang yang ceria dan aktif tak memasal at da same time dia boleh jadik pendiam secara tiba2. (bila gaduh ngan bf). huhuhu.. Juga seorang yang sensitif. Gemar bershoping and high taste. Kalau nak shoping apa2 boleh la ajak dak neh, pasti puas hati! Haha.. da macam promoter plak dah.. Dia juga suka mintak maaf.. Benda kecik pun nak mintak maaf. Terpijak semut pun lau boleh nak mintak maaf kat semut tuh. Kehkehkeh..

       Sahabat saya yang ayu ni pula bernama Farah Nadzirah Bte Lokfi. a.k.a Fara. Seorang yang sangat lembut dan penyayang. Boleh dikategorikan sebagai seorang yang lurus juga seperti Zara Liyana. Selalu terkena dengan kami pada awal perkenalan dan tidak lama selepas itu, kami pula yang selalu terkena dengan beliau. (lawan tokey!). Hahaha..
       Fara sangat berbakat dalam bidang fotografi neh. Dia juga pandai dalam bab tawar menawar. Peh! cam tak caye lau tengok dia pegi menawar harga. Hahaha.. Bakal bertunang tak lame jek lagi and of cos akan mendirikan rumah tangga bersama encik sushine yang sangat dia sayangi.. 
     
     Yang ni pulak Fazila Bte sharom. a.k.a Faz pendeng. Nampak tak pic dia neh.. Gedik tak? Gedik kan? Haa.. macamtu la dia yang sebenarnya.. Selalu merasakan diri lebih tinggi dari saya apabila menggayakan wedges die yang tinggi amat tuh! Padahal kitowang sama jek tinggi. Ngeh3..
    Dia ni seorang yang rajin dan sangat patuh pada ibu bapanya. Bagus neh! Kira anak solehah la dia neh.. Sangat tak suka ponteng kelas. Kalau boleh hari minggu pun nak gi kelas. Ish2.. Bagus sangat budak neh. Kalau la UIA ade anugerah kehadiran cemerlang macam sekolah2 dulu, mesti every sem dia dapat nyer la.. seriesly! Juga gemar terpeleot tapi kami wat2 tak nampak la dan sangat menyayangi myvi dia tu..

     Last but not least adalah one and only sahabat lelaki saya di UIA. Nama dia ni Ahmad rifdi Humaidi. a.k.a Mak Mah. Umur da lanjut tapi perangai kalah budak2! Haha.. Over exegerate dalam setiap percakapan dan perbuatan. Sangat rajin dan berusaha lebih untuk mendapatkan sesuatu. Sangat tak sabar nak mendirikan rumah tangga tetapi calon tak de. Hahaha..
     Dia ni ala-ala abang kepada kami semua la. suka memberi nasihat dengan gaya mak mah dia tuh. Juga menjadi encik supir kami dikala kami menginginkan ayam penyet ataupun KFC dan suka membantu kami dikala susah. Gemar ketawa dan gemar menyakitkan hati orang ngan lawak2 bengong dia. Hahaha..

Tuesday, February 1, 2011

Cane nk link menatang ni kat blog?

pegi kat setting then gi kat widget. selamat mencuba!

Ask me anything

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir

     Banyak dah yang saya dah baca dan dengar pasal krisis yang berlaku di Mesir neh. Nak menulis tak cukup knowledge sehinggalah terbaca link dari facebook neh and penulis neh suruh forward post ni pada orang ramai. So saya harap dengan cara ini saya sedikit sebanyak dapat membantu saudara dan sahabat kita yang berada di Mesir. InsyaAllah.. Sama-sama lah kita doakan keselamatan mereka disana..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
 Twitter:  DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

bersediakah utk menerima lamaran tetttttt??? hahaha

sape tetttt tuh? haha.. ni mesti wana neh!

Ask me anything

Monday, January 31, 2011

awk rasa sy nak ke jadik guest talk show awk tueh??confident ea?i minta bayaran minimum 30 k jek..hehehhee

ya, saya confirm awak nak! awk pun kan suke glemer cam saye. hahaha.. ala, 30k je ke? baru plan nak bg 50k sorang. ngeh3..

Ask me anything

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/MizzFieza

Nak Dapatkan Trafik Tinggi tak? Haa, baca sini sat.. ;)

Jom kita cuba trick kat bawah.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda

1. My Big Family & Friends

2. ABCMILO

3. matdin (orang paling terkenal hehe…)

4. http://inblog2share.blogspot.com/

PERATURAN!!!


1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie...





11. Nanny'Stuff

12. m@m@ t0meLL 

13. mama rayyan
 
14. MizzFieza

15. Letakkan URL anda disini


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jayakan okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google

dalam satu ari bape kali mu makan..hehehe

kalau nasi sehari paling byk pun 2 kali je la. tengahari ngan malam. Lau selaen nasi tu, tak tawu la nak kire camne. Ahaks!

Ask me anything

What was your favorite year?

2012. bajet2 nak kawen tahun neh. ahaks!

Ask me anything

If you had your own talk show, who would your first three guests be?

1. Zara Liyana
2. Farah Lokfi
3. Faziela pendeng

Ask me anything

What was the best job you've ever had?

bagi makanan pade homeless di KL. awesome!

Ask me anything

Sunday, January 30, 2011

Jom chill jap. ;)

*Hari ni tak nak share any story but juz nak share lagu wif u guys. Lagu ni dari seorang sahabat. First time dengar lagu neh terus jatuh cinta. ;)
Moh ler kite layan lagu neh..

Peraduan Bergambar Dengan Alam...


Meh click sini meh

Selepas mengetahui diri ini di'tag' dalam contest neh. Saya dengan kadar segeranya pergi ke folder pic saya untuk mengambil pic ini:

     So, inilah picture yang terpilih antara picture2 bersama alam yang saya ada. Rasa nak bubuh sume tapi takut tak diterima lak. Hehehe.. Ni time saya dan kawan2 dengan adventure nye mendaki bukit Broga. Time ni dalam kul 7 pagi. Best giler view kat sini. U'ollz boleh nampak macam2 view alam yang sangat indah! seriesly! Dari pic neh pun da leh nampak macam2 kan? Yang penting gunung and bukit2 kat belakang kitorang tuh, cantik amat! Selaen dari dapat exercise panjat bukit, at da same time kami sume dapat menghayati keindaham alam ciptaan Tuhan and dapat tengok sunrise gak! tapi xde pic sunrise la kat sini. Hehehe..  

*Excited giler bila dpat tawu ditag untuk contest neh sebab baru jek naek Broga and bergambar sakan dengan alam! ;)
  
 So, dengan ini saya dengan bangganya menge'tag':

Friday, January 28, 2011

ConTeSt ' When Raining Day '

Barang sesape yang di'tag' or berminat nak join, sila click sini

Nah! ni pic 'When Raining Day'. Walaupun.... tak hujan. Ahaks!

Anda di tag, harap maklum:


CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Sesape yang telah ditag or nak join leh la click sini ya: Si gadis bermata coklat

So, ini la pic itam putih yang habis saya edit. First time mengedit gambar. Not bad la. Ahaks!


Pic neh time kami pergi PD. Saje menggedik2 bergambar ditepi pantai yang indah. Wahuhuhu..
Lau saya dapat RM100 tu saya nak datang balik PD neh then bergambar sakan and belanja my besty makan. Hehehe..
Dengan ini, saya dengan berbesar hati dan bangganya menge'tag':


Thursday, January 27, 2011

Saya shayam UIA. ;p

     Semalam Kak Lala bie telah mengajak saya dan Nana keluar makan. Dengan excitednya saya dan Nana bersiap-siap penuh bergaya untuk keluar makan dan dengan harapan Kak Lala bie akan membawa kami berdua ke Icity. Dengan tanpa rasa sabarnya kami menunggu Kak La mengambil kami. Nana juga tidak lupa untuk membawa sang 'Edrick' nya untuk merakam detik kebahagiaan kami berada di Icity nanti. Alangkah gembiranya kami apabila melihat kereta Kak La sampai di Mahallah dan dengan riang gembiranya kami mengejar kereta Kak La. Namun... Kegembiraan kami terhenti disitu tatkala Kak La hanya membawa kami pergi makan char kuey teow sahaja. Hampeh!
    Kerana tidak dapat pergi ke Icity, kami duduk sajalah didalam UIA. Dah kat dalam UIA tu kami pun bergambar la disitu. Baru ku sedar betapa canteknya UIA ni rupanya. Tatkala menyedari kecantikan sebenar UIA, kami pun bergambar sakan la untuk menghilangkan rasa hampa tidak dapat pergi ke Icity. Walaubagaimanapun, saya shayyyyaaaammm UIA!
     So, ini adalah antara pic2 yang sempat dicapture di UIA tersayang. ;p

 Welcome to UIA ;)

cantik tak? hehe..


Tiba rasa U saya ni shantek. ngeh3..

Pokok2 di UIA

bersama Kak La yang keciiittt hati... ;p

nana dan kak la
 
 
nana kata saya nampak tinggi disini. hahaha..

nana and me ;)

budok gedix duo orang neh!

Sunday, January 23, 2011

Mari belajar bahasa Arab.

     Ok! sok quiz arab.. eh, bukan besok tapi hari ni.. Hari ni da 24hb da. Adeh! Masih ade 10 jam lagi untuk study. Tolak waktu tidur 5 jam, kelas before quiz arab 1jam 20minit. Huh! Tinggal 3 jam 40minit jek lagi nak study! (betul ke aku kira neh?). Tadi da mula study tapi sangat la tidak faham. Pelik-pelik, time kat kelas bukan kemaen paham lagi, bila baca balik, dia nyer tak faham tu macam tak pernah belajar. Aduyaiii..
     Ok la, tadi ada la jugak baca and revise balik apa yang dibaca tadi. Skang neh nak cuba explain kat sini pulak. Huhu.. 
     Erm, kat buku arab neh dia tulis 'mabni anil fi'il' (tulis dalam arab la) bermaksud: fi'il yang fix atau tidak berubah. (yek2 jek aku neh). Pastu dia terangkan disitu, ada 3 kategori dibawah 'mabni anil fi'il' neh iaitu 1.) 'bina' fi'il madhi' 2.) 'bina' fi'il amar' 3.) 'nun tawkid bil fi'il mudhari'. Ok! itu baru introduction tuh. Tak masuk isi lagi tuh. Baekla, kita teruskan pelajaran kita dengan kategori yang pertama:

'bina' fi'il madhi'
*Apa yang wajib ingat dalam kategori ini ialah : sukun, dommah, dan fathah. (ni adalah baris).
  1- Sukun apabila : bersambung dengan 'ta fa'il' atau 'nun fa'ilin' atau 'nun niswah'. 
  2- Dommah apabila : bersambung dengan 'wau jamaah'.
  3- Fathah apabila : bersambung dengan 'ta ta'nis' atau 'alif isnain'.
<saved> ok! da save kat kepale da. Ni baru kategori pertama. Kita teruskan dengan kategori yang kedua pulak ya iaitu:

'bina' fi'il amar'
* apa yang wajib ingat dalam kategori ini adalah : sukun, fathah, hazf nun dan hazf harf illah.
  1- Sukun apabila : fi'il tidak bersambung dengan additional letter, fi'il tiada huruf illah dan bersambung dengan  nun niswah.
  2- fathah apabila : bersambung dengan 'nun tawkid'
  3- hazf nun (hazf bermaksud remove) apabila : ade 'alif isnain', 'wau jamaah', 'ya' mukhatabah'.
  4- hazf harf illah  : kena buang huruf illah ('alif', 'wau', 'ya').
<saved> done wif 'bina' fi'il ammar'. Continue dengan kategori yang berikutnya :

'nun tawkid bil fi'il mudhari'
* ok, tak tawu nak explain camne coz time neh tak datang kelas. Padan muka saya! Takpe, masih sempat tanye kawan besok. Hehehe..

     Niway, disini sahaja pelajaran arab kita pada hari ni. Skang da 1.30 pagi. Masa untuk tidur.. sok sambung study.. Hehehe..

Saturday, January 22, 2011

Friday, January 21, 2011

Broga lagi!

Ok! entry kali ni untuk pic je.. Credit to photographer! ;)

~view dari Broga dalam kul 7 am~

~view dari Broga dalam kul 5 kot~

~muka penat! buruk benorl! hahaha~ 

~selepas berehat sebentar, ni la kerja kami di atas Broga. hahaha~

~bergambar lagi!~

~lagi!~

~dan lagi!~

~dan bergambar lagi! hahaha~

<3<3

~sementara menunggu matahari naek~

:)

~pose terakhir sesudah turun kebawah. Masih boleh tersenyum walaupun penat. huhuhu~

Thursday, January 20, 2011

Broga awesome! ;)

     Semalam time semua orang bercuti Thaipusam, saya, Wana dan rakan-rakannya telah pergi ke Semenyih untuk mendaki Bukit Broga yang adventure giler! Huhu.. Walaupun adventure tapi sangat best coz dapat tengok view KL time gelap dengan cahaya-cahaya lampu yang cantik amat! Then dapat tengok view KL waktu pagi tanpa cahaya lampu, indah sungguh.. And! moment yang paling berharga sekali apabila dapat tengok sunrise dari Broga. Subhanallah! cantik sungguh! Itu la the best moment time kat sana. Walaupun ramai jugak la manusia kat sana tapi tetap best and happening giler! Macam-macam ragam ada, nak2 time nak turun dari puncak. Macam2 stunt ade. Hahahha..
     Mood hari ni malas nak tulis tapi just buat tentative untuk meringkaskan cerita. Heee.. 

*11.30pm - Da berada kat tangga besar UIA untuk menunggu kereta. Tapi macam biasala, janji melayu kan.. kitowang lepak kat tangga besar sampai 1.30 am then baru bergerak. Nasib la kawan-kawan wana sporting and funny giler! so tak la terase sangat menunggu. Huhuhu..
*1.30 am - Semua da ada, kami pun bergerak meninggalkan UIA tapi tak terus ke Broga la, kami lepak minum-minum di Kampung Baru lu. Sambil-sambil berkenalan dengan kawan-kawan Wana.
*Dalam pukul 2 lebih camtula - Kami mula bergerak ke Broga. Tak tawu nak cita apa, saya tidur jek dalam perjalanan. Hehehhe..
*Dlam kul 4 camtu - Tiba di Broga! kami mulakan pendakian dengan bacaan doa dan mulakan pendakian yang sangat mencabar sampai luka-luka tangan. Hahahaha..
* Dalam kul 5 lebih camtu - Tiba di puncak Broga! walaupun tak berapa nak puncak sangat la tapi kami puas! nak naek lagi tinggi tak larat dah. Hahaha.. Time ni la moment paling best. tengok view yang sangat cantik. Then solat subuh kat atas Broga tu. Kemudian kami bergambar sakan kat atas tuh then nengok sunrise beramai2. Awesome! Huhuhu..
* Dalam kul 8 kot - Kami bergerak turun dan pulang. sebelum pulang, bergambar lagi. Hehehehe.. Then kami pergi brekafast kerana masing2 lapar giler! hahaha..

     Best giler dapat peluang pergi Broga. Walaupun best tapi tak nak gi lagi kot sebab penat.. Hahahha... Pic di Broga coming soon.. ;)


Sunday, January 16, 2011

Takut hantu vs Takut Allah

     Ok, persoalan..  Mana satu yang harus kita pilih. Takut pada hantu atau takutkan Allah.. Sangat tidak faham orang yang boleh dikatakan tinggi ilmu agamanya lebih memilih untuk takut kepada hantu yang dia sendiri tak pernah lihat. Duh! Takut untuk bangun pagi mengerjakan solat sunat semata-mata kerana takut hantu?! Apakah?? Alasan untuk tidak dapat bangun pagi untuk study kerana takutkan hantu?! Memang tak paham dan sangat la tak masuk akal! Takutkan hantu?? banyak impaknya kepada individu. Antaranya, menjadikan seseorang itu sangat mementingkan diri sendiri atau erti kata laen 'Selfish!' Itu bezanya individu yang lebih cenderung untuk takutkan hantu dari takutkan Allah s.w.t. Jika kita memilih untuk takut kepada Allah, kita tidak akan ada rasa takut untuk menghadapi makhluk-makhluk Allah yang laen. Jadi, ini akan memberi kesan positif kepada kehidupan kita dimana kita akan rasa tenang dan aman tanpa perlu menyusahkan dan memenatkan diri dengan takutkan perkara-perkara yang tak penting seperti takutkan hantu tu.
     Tak habis lagi bercerita mengenai selfish tadi. Selfish yang dimaksudkan adalah apabila seorang sahabat meninggalkan sahabatnya sendiri hanya kerana hantu yang tak pernah dilihat? Normalkah itu? Ups! 'sahabatkah' itu? Hurm.. Sangat la terasa hati bila teringat balik jasa dan sumbangan yang telah diberikan keatas 'sahabat' ini tadi. Apa-apa sahaja yang nak dibuat mesti akan terfikir tentang 'sahabat' ni.. Buat ni kang risau 'sahabat' jadik camni pulak, buat itu pulak, takut 'sahabat' camtu lak. Senang cita, apa-apa mesti fikirkan pasal 'sahabat' ni la. Manja sungguh sahabat neh! Apa-apa pun Allah tu maha adil. Akhirnya Allah tunjukkan belang si 'sahabat' ni. Begini rupanya perangai 'sahabat' sebenar. Hurm, betul la bak kata pepatah 'sahabat sering menjadi musuh. Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.' Tapi nak ditekankan disini, tidak mahu la bermusuhan, biar la orang buat taik dengan kita, balasannya serah sahaja pada Allah.. Wallahualam..

* Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya.

Saturday, January 15, 2011

Hari ini dirumah. ;)

     Yes! Setelah mengharungi pengalaman yang sangat men'stress'kan jiwa dan raga di kampus, akhirnya saya kini berada dirumah.. ~Home sweet home~ Hehehe.. Perkara pertama yang akan saya lakukan sesampai sahaja dirumah adalah dengan menyervey keadaan bilik saya yang ditinggalkan hampir sebulan. Ya! seperti biasa... Walaupun saya bayar Eric Leong untuk mendeko bilik ni pun, resultnya tetap sama. Bersepah! sudah kujangkakan.. Begitulah keadaan bilik saya jika dihuni oleh adek saya, Hikmah. Sakit jugak la jiwa melihat keadaan bilik, naseb la saya ni penyabar.. ku gagahi la diri mengemas kembali bilik seperti keadaan asal sambil membebel. hahaha.. Bior panas sikit telinga dak hikmah tuh. Ngehehehe..   
     Hari ni, saya, mak, abah dan adek-adek menghabiskan masa diwaktu petang kami dengan bermain bowling. Kami memang la maen tak hengat hari ini. 3 game kami maen hari ni non stop! Hahaha.. Dengan bangganya saya mengalahkan adek-adek saya. Sangat bahagialah apabila ada lawan seperti Hikmah dan Arif. Tiada tekanan langsung untuk menang. Wakakaka.. Walaupun satu game saya tewas ditangan Hikmah, namun tak kecewa langsung. Kurang 1 mata jek pun. Hikmah menang pun sebab abah yang maenkan, lau tak, corot gak budak tuh. Kahkahkah..
     Selepas maen bowling, perkara yang boleh dijadikan satu kewajipan la apabila pulang ke rumah adalah dengan pergi pekena nasi daun pisang. Peh! Tak jumpa lagi nasi daun pisang kat KL. Macam biasa saya melantak nasi daun pisang tu tak hengat sampai sakit perut. Adeh! rasa lagi ni sakit perut. Huhuhu.. Takpe, makan puas-puas kat sini, balik KL tak merasa da..
     Lepas makan, kami pergila ke stesen keretapi untuk beli tiket nak balik besok.. Dengan bahagianya saya diberitahu oleh penjual tiket KTM tu yang tiket ke KL esok dah habis! Pelik gak.. Ade ape-ape perayaan ke sampai tiket leh habis? Tapi takpe, ade reason la gak duduk dirumah untuk sehari lagi. Hehehe.. Tapi, yang tak bahagianya adalah saya terpaksa memonteng kelas arab hari isnin ni. Hurm, tambah yang tuk isnin ni, da 3 kali saya tak datang ke kelas. Da boleh dapat 'love letter' neh. Adeh! tak pernah-pernah kot dapat warning letter. Takpela, warning jek kot. Huhuhu.. apa-apa pun sangat syok dapat duk rumah and hilang semua stress. Kalaulah UIA tu kat belakang umah jek. Hahahha..

*Kamis ni cuti Thaipussam. So, balik UIA isnin malam, sampai pagi selasa then rabu malam balik Kluang semula. Heaven giler! Ahaks!

Tuesday, January 11, 2011

Nak balik rumah!

     Minggu ini adalah minggu yang paling disaster! Bermula dari semalam, hari yang sepatutnya saya datang jumpa dengan lecturer untuk sesi discussion tapi saya tak pergi gara-gara kerja yang perlu dibincang tu masih tidak sempurna. Adeh! Sangat main-main la saya ni! Camne nak jawab ngan madam nanti.. Ya Allah.. Hari ni pulak bermulanya tragedi saya tidak masuk ke kelas walaupun sudah sampai betul-betul depan kelas. Tak berani nak masuk kelas sebab sampai lewat. Bila dengar suara madam dari luar tu tetiba jek meremang bulu roma neh. So, tak jadik la nak masuk.. Memang nak masuk, takde niat langsung nak ponteng tapi last week da lambat masuk kelas. Segan pulak ngan madam.. Kang tak pasal-pasal kena cop pelajar bermasalah plak. Nauzubillah! Adeh! macam-macam kejadian la semester ni.. 
      Sangat stress skang neh! jadik penawarnya adalah wajah mak saya. Harus balik juga minggu ni. Siyes! hilang semua masalah bila tengok wajah mak, walaupun tak cerita lagi masalah kat dia. Huhuhu.. Sesungguhnya emak saya la penawar segala-galanya. Baek sakit mahupun menghadapi masalah.. Kadang-kadang bila sakit tu then dapat dengar suara emak tu automatik boleh sihat. siyes! pahtu lepas habis cakap, datang balik sakit.. Hahahaha.. Macam-macam..
     After balik dari rumah saya kena perlu lebih series dan tak boleh maen-maen da macam sebelum ni.. Mid term da nak dekat, tak leh maen-maen da.. Frankly speaking, dekat sebulan da bagi semester ni saya di UIA, saya banyak menghabiskan masa dengan main and bersuka-suka sahaja. Belajar? boleh kira pakai jari la bape kali jek ngadap buku. Lau ada pun terpaksa sebab lecturer nak tanya. Kalau orang tengok mesti orang akan anggap saya sangat la happy. ya! saya sangat happy! tapi waktu saya bersuka-suka tu je la saya happy, balik tu satu-satu masalah datang. Asignment tak siap, kerja tak siap, bahan tak cari, article tak baca. Adeh! serabut-serabut.. Dulu masa tak berapa nak maen-maen sangat takdela stress sangat macam ni. Skang baru saya nampak reason keserabutan kehidupan saya skang neh. Padan muka saya!
     Apa-apa pun, saya kena pulang jugak minggu ni walaupun terpaksa ponteng kelas hari jumaat neh. Sorry madam.. Sekali ni jek..Huhu.. Tak sabar mahu pulang jumpa family especially mak yang tersayang and anak buah rayyan hakim yang sangat comel dan nakal. hahaha~

* Harus ada rasa gembira dan bahagia dalam diri tapi perlulah berpada-pada and dalam setiap perlakuan dan perbuatan kita haruslah kita selalu ingat pada Tuhan yang satu dan tak lupa juga ibu yang melahirkan.. Nescaya kita akan sentiasa hidup dalam ketenangan. InsyaAllah.. 
Ingin jadik  lebih bagus lagi bila saya bangun esok pagi! ;) stress! go away!