Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Sunday, January 23, 2011

Mari belajar bahasa Arab.

     Ok! sok quiz arab.. eh, bukan besok tapi hari ni.. Hari ni da 24hb da. Adeh! Masih ade 10 jam lagi untuk study. Tolak waktu tidur 5 jam, kelas before quiz arab 1jam 20minit. Huh! Tinggal 3 jam 40minit jek lagi nak study! (betul ke aku kira neh?). Tadi da mula study tapi sangat la tidak faham. Pelik-pelik, time kat kelas bukan kemaen paham lagi, bila baca balik, dia nyer tak faham tu macam tak pernah belajar. Aduyaiii..
     Ok la, tadi ada la jugak baca and revise balik apa yang dibaca tadi. Skang neh nak cuba explain kat sini pulak. Huhu.. 
     Erm, kat buku arab neh dia tulis 'mabni anil fi'il' (tulis dalam arab la) bermaksud: fi'il yang fix atau tidak berubah. (yek2 jek aku neh). Pastu dia terangkan disitu, ada 3 kategori dibawah 'mabni anil fi'il' neh iaitu 1.) 'bina' fi'il madhi' 2.) 'bina' fi'il amar' 3.) 'nun tawkid bil fi'il mudhari'. Ok! itu baru introduction tuh. Tak masuk isi lagi tuh. Baekla, kita teruskan pelajaran kita dengan kategori yang pertama:

'bina' fi'il madhi'
*Apa yang wajib ingat dalam kategori ini ialah : sukun, dommah, dan fathah. (ni adalah baris).
  1- Sukun apabila : bersambung dengan 'ta fa'il' atau 'nun fa'ilin' atau 'nun niswah'. 
  2- Dommah apabila : bersambung dengan 'wau jamaah'.
  3- Fathah apabila : bersambung dengan 'ta ta'nis' atau 'alif isnain'.
<saved> ok! da save kat kepale da. Ni baru kategori pertama. Kita teruskan dengan kategori yang kedua pulak ya iaitu:

'bina' fi'il amar'
* apa yang wajib ingat dalam kategori ini adalah : sukun, fathah, hazf nun dan hazf harf illah.
  1- Sukun apabila : fi'il tidak bersambung dengan additional letter, fi'il tiada huruf illah dan bersambung dengan  nun niswah.
  2- fathah apabila : bersambung dengan 'nun tawkid'
  3- hazf nun (hazf bermaksud remove) apabila : ade 'alif isnain', 'wau jamaah', 'ya' mukhatabah'.
  4- hazf harf illah  : kena buang huruf illah ('alif', 'wau', 'ya').
<saved> done wif 'bina' fi'il ammar'. Continue dengan kategori yang berikutnya :

'nun tawkid bil fi'il mudhari'
* ok, tak tawu nak explain camne coz time neh tak datang kelas. Padan muka saya! Takpe, masih sempat tanye kawan besok. Hehehe..

     Niway, disini sahaja pelajaran arab kita pada hari ni. Skang da 1.30 pagi. Masa untuk tidur.. sok sambung study.. Hehehe..

3 comments:

Mama Rayyan said...

ana mau belajor cik ya ustazah...hehehehe

Unknown said...

macamne dgn quiz??

Fieza said...

kak fieyda : Marih belajar! hahaha..
Dean: quiz ok. malam ni mid term arab lax. huh!