Ok, persoalan.. Mana satu yang harus kita pilih. Takut pada hantu atau takutkan Allah.. Sangat tidak faham orang yang boleh dikatakan tinggi ilmu agamanya lebih memilih untuk takut kepada hantu yang dia sendiri tak pernah lihat. Duh! Takut untuk bangun pagi mengerjakan solat sunat semata-mata kerana takut hantu?! Apakah?? Alasan untuk tidak dapat bangun pagi untuk study kerana takutkan hantu?! Memang tak paham dan sangat la tak masuk akal! Takutkan hantu?? banyak impaknya kepada individu. Antaranya, menjadikan seseorang itu sangat mementingkan diri sendiri atau erti kata laen 'Selfish!' Itu bezanya individu yang lebih cenderung untuk takutkan hantu dari takutkan Allah s.w.t. Jika kita memilih untuk takut kepada Allah, kita tidak akan ada rasa takut untuk menghadapi makhluk-makhluk Allah yang laen. Jadi, ini akan memberi kesan positif kepada kehidupan kita dimana kita akan rasa tenang dan aman tanpa perlu menyusahkan dan memenatkan diri dengan takutkan perkara-perkara yang tak penting seperti takutkan hantu tu.
Tak habis lagi bercerita mengenai selfish tadi. Selfish yang dimaksudkan adalah apabila seorang sahabat meninggalkan sahabatnya sendiri hanya kerana hantu yang tak pernah dilihat? Normalkah itu? Ups! 'sahabatkah' itu? Hurm.. Sangat la terasa hati bila teringat balik jasa dan sumbangan yang telah diberikan keatas 'sahabat' ini tadi. Apa-apa sahaja yang nak dibuat mesti akan terfikir tentang 'sahabat' ni.. Buat ni kang risau 'sahabat' jadik camni pulak, buat itu pulak, takut 'sahabat' camtu lak. Senang cita, apa-apa mesti fikirkan pasal 'sahabat' ni la. Manja sungguh sahabat neh! Apa-apa pun Allah tu maha adil. Akhirnya Allah tunjukkan belang si 'sahabat' ni. Begini rupanya perangai 'sahabat' sebenar. Hurm, betul la bak kata pepatah 'sahabat sering menjadi musuh. Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.' Tapi nak ditekankan disini, tidak mahu la bermusuhan, biar la orang buat taik dengan kita, balasannya serah sahaja pada Allah.. Wallahualam..
* Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya.
No comments:
Post a Comment