Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Tuesday, January 11, 2011

Nak balik rumah!

     Minggu ini adalah minggu yang paling disaster! Bermula dari semalam, hari yang sepatutnya saya datang jumpa dengan lecturer untuk sesi discussion tapi saya tak pergi gara-gara kerja yang perlu dibincang tu masih tidak sempurna. Adeh! Sangat main-main la saya ni! Camne nak jawab ngan madam nanti.. Ya Allah.. Hari ni pulak bermulanya tragedi saya tidak masuk ke kelas walaupun sudah sampai betul-betul depan kelas. Tak berani nak masuk kelas sebab sampai lewat. Bila dengar suara madam dari luar tu tetiba jek meremang bulu roma neh. So, tak jadik la nak masuk.. Memang nak masuk, takde niat langsung nak ponteng tapi last week da lambat masuk kelas. Segan pulak ngan madam.. Kang tak pasal-pasal kena cop pelajar bermasalah plak. Nauzubillah! Adeh! macam-macam kejadian la semester ni.. 
      Sangat stress skang neh! jadik penawarnya adalah wajah mak saya. Harus balik juga minggu ni. Siyes! hilang semua masalah bila tengok wajah mak, walaupun tak cerita lagi masalah kat dia. Huhuhu.. Sesungguhnya emak saya la penawar segala-galanya. Baek sakit mahupun menghadapi masalah.. Kadang-kadang bila sakit tu then dapat dengar suara emak tu automatik boleh sihat. siyes! pahtu lepas habis cakap, datang balik sakit.. Hahahaha.. Macam-macam..
     After balik dari rumah saya kena perlu lebih series dan tak boleh maen-maen da macam sebelum ni.. Mid term da nak dekat, tak leh maen-maen da.. Frankly speaking, dekat sebulan da bagi semester ni saya di UIA, saya banyak menghabiskan masa dengan main and bersuka-suka sahaja. Belajar? boleh kira pakai jari la bape kali jek ngadap buku. Lau ada pun terpaksa sebab lecturer nak tanya. Kalau orang tengok mesti orang akan anggap saya sangat la happy. ya! saya sangat happy! tapi waktu saya bersuka-suka tu je la saya happy, balik tu satu-satu masalah datang. Asignment tak siap, kerja tak siap, bahan tak cari, article tak baca. Adeh! serabut-serabut.. Dulu masa tak berapa nak maen-maen sangat takdela stress sangat macam ni. Skang baru saya nampak reason keserabutan kehidupan saya skang neh. Padan muka saya!
     Apa-apa pun, saya kena pulang jugak minggu ni walaupun terpaksa ponteng kelas hari jumaat neh. Sorry madam.. Sekali ni jek..Huhu.. Tak sabar mahu pulang jumpa family especially mak yang tersayang and anak buah rayyan hakim yang sangat comel dan nakal. hahaha~

* Harus ada rasa gembira dan bahagia dalam diri tapi perlulah berpada-pada and dalam setiap perlakuan dan perbuatan kita haruslah kita selalu ingat pada Tuhan yang satu dan tak lupa juga ibu yang melahirkan.. Nescaya kita akan sentiasa hidup dalam ketenangan. InsyaAllah.. 
Ingin jadik  lebih bagus lagi bila saya bangun esok pagi! ;) stress! go away!

No comments: