Yes! Setelah mengharungi pengalaman yang sangat men'stress'kan jiwa dan raga di kampus, akhirnya saya kini berada dirumah.. ~Home sweet home~ Hehehe.. Perkara pertama yang akan saya lakukan sesampai sahaja dirumah adalah dengan menyervey keadaan bilik saya yang ditinggalkan hampir sebulan. Ya! seperti biasa... Walaupun saya bayar Eric Leong untuk mendeko bilik ni pun, resultnya tetap sama. Bersepah! sudah kujangkakan.. Begitulah keadaan bilik saya jika dihuni oleh adek saya, Hikmah. Sakit jugak la jiwa melihat keadaan bilik, naseb la saya ni penyabar.. ku gagahi la diri mengemas kembali bilik seperti keadaan asal sambil membebel. hahaha.. Bior panas sikit telinga dak hikmah tuh. Ngehehehe..
Hari ni, saya, mak, abah dan adek-adek menghabiskan masa diwaktu petang kami dengan bermain bowling. Kami memang la maen tak hengat hari ini. 3 game kami maen hari ni non stop! Hahaha.. Dengan bangganya saya mengalahkan adek-adek saya. Sangat bahagialah apabila ada lawan seperti Hikmah dan Arif. Tiada tekanan langsung untuk menang. Wakakaka.. Walaupun satu game saya tewas ditangan Hikmah, namun tak kecewa langsung. Kurang 1 mata jek pun. Hikmah menang pun sebab abah yang maenkan, lau tak, corot gak budak tuh. Kahkahkah..
Selepas maen bowling, perkara yang boleh dijadikan satu kewajipan la apabila pulang ke rumah adalah dengan pergi pekena nasi daun pisang. Peh! Tak jumpa lagi nasi daun pisang kat KL. Macam biasa saya melantak nasi daun pisang tu tak hengat sampai sakit perut. Adeh! rasa lagi ni sakit perut. Huhuhu.. Takpe, makan puas-puas kat sini, balik KL tak merasa da..
Lepas makan, kami pergila ke stesen keretapi untuk beli tiket nak balik besok.. Dengan bahagianya saya diberitahu oleh penjual tiket KTM tu yang tiket ke KL esok dah habis! Pelik gak.. Ade ape-ape perayaan ke sampai tiket leh habis? Tapi takpe, ade reason la gak duduk dirumah untuk sehari lagi. Hehehe.. Tapi, yang tak bahagianya adalah saya terpaksa memonteng kelas arab hari isnin ni. Hurm, tambah yang tuk isnin ni, da 3 kali saya tak datang ke kelas. Da boleh dapat 'love letter' neh. Adeh! tak pernah-pernah kot dapat warning letter. Takpela, warning jek kot. Huhuhu.. apa-apa pun sangat syok dapat duk rumah and hilang semua stress. Kalaulah UIA tu kat belakang umah jek. Hahahha..
*Kamis ni cuti Thaipussam. So, balik UIA isnin malam, sampai pagi selasa then rabu malam balik Kluang semula. Heaven giler! Ahaks!
No comments:
Post a Comment