"Jumhur Ulama telah menetapkan bahawa hak ibu lebih perlu diutamakan melebihi hak bapa,utamakan berbakti pada ibu dan bergaullah dengan lemah lembut.Ini adalah kerana di dalam sebuah hadith Rasulullah telah menyebut ibu sebanyak 3 kali dan ayah hanya sekali."
Selamat hari Emak, Ibu, Mama, Mummy, Umi sekalian! ;) Especially to my beloved mother Puan Jamaliah bte Maurof. Kalau nak dibalas segala pengorbanan seorang ibu ni, memang tak terbalas la. Sepanjang 23 tahun da hidup kat dunia ni, bila terfikir balik apa la jasa yang pernah bagi kat mak selama ni, memang takde pun. Even ade sekalipun, mane boleh nak lawan pengorbanan mak selama 23 tahun membesarkan diri ku ni haa.. Apa2 pun, bersyukur sangat2 kepada Tuhan kerana menganugerahkan saya seorang ibu yang sangat penyabar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak terutamanya membesarkan saya yang sedikit nakal dan keras kepala ni. Yes, saya admit yang saya ni anak yang sedikit bermasalah la. Sikit jek la, tak banyak. Huhu.. Suka bawak kepala sendiri, dan agak sukar mendengar nasihat. Hehe.. Ape2 pun, jauh disudut hati ni, nasihat emak sentiasa melekat dihati dan kapla otak ini. Hehe.. Nak wat something mesti ingat mak.. Dat is why, saya bersyukur sangat2 dapat ibu seperti emak saya.. Sometimes terpikir gak, esok bile da kawen and ada nak sendiri, boleh ke saya didik anak macamane mak didik saya dan siblings laen.. Hurm, wallahualam.. Niway, teringat pesan mak semalam, bila kami sibuk bincang nak bagi hadiah ape kat mak sempena hari ibu, mak kate mak tak perlukan pun hadiah2 tu sume. Mak cakap mak cuma nak kami tak tinggal solat and jangan melawan cakap mak. Tu jek.. Peh! kena setepek! Huhu..
Hurm, bercerita psal hari ibu ni, camne pulak dengan kawan2 kite yang kehilangan ibu mereka. Apa pulak perasaan diowang bile dengar tentang hari ibu, baca post2 kawan laen yang menghargai dan menyayangi ibu2 mereka di fesbuk, bace entry saye ni ke.. Erm, serba salah jugak kat diowang.. Niway, pagi2 lagi tadi saya dikejutkan dengan message dari one of my lecturer yang inform tentang pemergian ibu salah seorang student sociology. Terkejut saya.. Camne la perasaan dia, orang laen gembira menyambut hari ibu bersama ibu yang tersayang, tapi dia pulak kehilangan ibunya yang tersayang dihari ibu.. Apa2, pun kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu dia dan semoga dia tabah dalam menghadapi kehidupan tanpa ibu disisi.. Bagi yang masih ade ibu, haragailah mereka selagi mereka masih ada.. ;)

1 comment:
happy mother's day!!
JOM vote MZ kalau sudi!
Post a Comment