Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Monday, May 2, 2011

Pengalaman bekerja

                Ok, masuk minggu ni, da 2 minggu da saye berpraktikal.  Pengalaman yang sangat menarik and tidak mungkin saya lupakan. Pertama kali bekerja dan mendapat rakan-rakan sekerja yang sangat best dan sekepala, juga bos yang sporting sangatlah memberi semangat untuk saya ke tempat kerja. J
                First time masuk kerja pun da mendapat layanan yang sangat best dari ketua and staff2 laen. Dapat meja sendiri. Hehehe.. Best2! Time kaseh la kat si Hazli dan Farizal yang bersusah payah mengangkat meja untuk saya. Seronok bekerja bersama lelaki2 ini. Walaupun pada awalnya mereka2 ini sangat la nampak matang dan dedikasi, rupe2nye gila-gila gak. Hahaha.. Naseb la ade Puan Linda, satu2nya bunga kat Jabatan ni and ketua kepada kumbang2 ni semua. Hahaha..
                Hurm, so far bekerja ni memang la sedikit penat. Tidur pun sangat la awal hari2 sebab tak larat. Hahaha.. Dulu belajar jek, duk dalam kelas paling lame pun sejam 50 minit pahtu ada gap kejap before kelas berikutnya. Sempat la nak rehat2, lepak2, makan2 dulu. Tapi sekarang ni bekerja, rehat sejam jek. Tapi naseb la kerja kat sini tak stress and pressure sangat. Walaupun wat banyak keje tapi kejap2 boleh masuk dapur, tengok apa yang boleh dimakan. Hehehe.. Paling best sekali, Puan Linda yang sangat sporting pun boleh siap masak lagi. Hahaha.. Heaven giler! Tapi yang penatnye bile kat ofis neh asyik mengadap pc jek lah. Saket dah mata neh mngadap computer hari2. Nak wat report, mngadap laptop lagi. Adeh!
lebih kurang camni la bile saya kat ofis. tapi saya tak makan sambil bekerja. saya jenis kerja pastu makan. kerja balik then sambung makan. hehehe..

                Sepanjang 2 minggu neh pengalaman yang paling best tentu2 lah bile dapat ikut si Hazli ngan abang Wan pergi ke Perkampungan Orang Asli. First time ni masuk perkampungan, pengalaman yang best. Dapat tengok gaya hidup diorang semua. Walaupun mereka ni banyak la mendapat kemudahan2 yang disediakan kerajaan tapi gaya hidup diowang tetap camtu jugak. Maybe sebab diowang duk pedalaman kot so diowang tak kesah sangat dengan gaya hidup luar neh. Lau tengok diowang, gaya cam orang2 susah jek tapi wet banyak wooo.. tanah berekar-ekar, berhektar-hektar.. korang ade? Hehehe...
                Minggu kedua ni keje memang duk ofis jek. Tapi start bulan 5 ni da banyak keje luar, so takdela boring sangat duk dalam ofis jek. Rabu depan turun padang lagi pergi ke perkampungan orang asli lagi, pergi pantau mesyuarat mereka disana. Hehe.. tak sabar nak tengok. Then, pergi Melaka plak bawak budak2 tadika mereka pergi rombongan. Sambil2 leh la jalan2 sekali. Huhu.. event yang paling menarek plak time program kesihatan kat salah sebuah perkampungan orang asli dalam bulan 5 ni. Dengar diowang bincang aritu cam best jek. Huhuhu.. Kita tengok je la nanti camne. Niway, arini cuti hari pekerja. Peh! First time ade feeling bila dengar cuti neh. Hehe.. padehal praktikal jek pun. Hahaha.. Apa2 pun, kepada yang bekerja, selamat hari pekerja saya ucapkan. Bekerjalah dengan ikhlas dan happy. Jangan pressure2 sangat. Hehehe.. ;)
               
jangan jadik macam dia. ;(


Jadilah seperti mereka.. ;) seronok jek wat keje.. hehe..


No comments: