Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Monday, November 29, 2010

Hepy day! ~ Rapunzel ~

   

<3 Beautiful Rapunzel and her flynn rider soulmate. <3 

     Zaman kesunyian ku telah berakhir! yeehaa!! Tadi sangat hepy sebab pergi nengok cita Rapunzel ngan my hensem nephew and his mama.. Hehehe.. First time bawak dak Rayyan Hakim neh pergi menonton wayang. Mula-mula risau gak la sebab dia ni jenis tak duduk diam tapi boleh pulak masa tengok cita tu dia behave. Maybe dia suka kot nengok sebab cita katun and katun tu sangat cantek and funny giler.. Saya yang dah dewasa ni pun seronok tengok. 3d plak tu, lagi la best! hehehe.. Macam-macam perangai Rayyan wat masa kat sana tadi. kelakar giler! Hahaha.. dari dia berjalan ke mall tuh, maen game sampai la part dia mengerjakan pop corn hampir separuh. Hahahaha.. Such a great moment! Niway, sangat enjoy spend tyme wif Rayyan Hakim and his mama and have a great day wif dem.. ;)

   Pergi ngan dak Rayyan neh la tadi.. Good katanyer... hehehe...

Bosan! Arif and Hikmah! Cepat pulang!


Hikmah dan Arif. ;)
    

      Ya! Kebosanan telah melanda diriku yang kesepian ini. Ini semua gara-gara ketiadaan adik2ku yang pergi ke kem Ibadah kat Simpang Renggam nuh.. Adoii.. Bosan tahap tak tawula nak describe camne. Nengok tv boring. Bukak fb lak, nothing special. Tngok video kat youtube, xde mood.. Nak bermessaging, boyfrend xdak, kawan2 sibuk bercuti. Hadeh!!
     Menghitung hari menunggu kepulangan adik2ku.. diowang balik sini, saya pulak kena balik uia. Hurm.. sama jek datangnye..Sempat la jumpa diowang sehari before balik. Erm, cita pasal dak2 neh, teringat pulak keletah diowang masa nak pergi kem tuh. Yang Hikmah tuh bukan kemaen lagi tak menyabar nak pergi, kemas barang awal, ajak mak pergi beli barang sume. Senang cita, sangat excited la dia nak pergi ke kem tuh sampai tak leh nak tido malam sblum pergi tuh. katanya..... Berbeza dengan si abang neh. Asyik bagi alasan jek nak mengelak dari pergi tempat tuh. Haahaha.. Barang-barang dia pun saya ngan adik Hikmah yang tolong kemaskan. Sikit pun dia tak amek tahu. Haish dak neh....
     Tiba hari yang diowang kena pergi neh, Hikmah pun excited la an.. Bangun pun awal. Manis berbaju labuh biru dan bertudung putih blink2. (kalah mak datin). Ahaks! Yang si abang tuh pulak relax jek sarung t-shirt Kampung Boy. Apa dia ingat nak pergi melancong ke?? hahaahaha~ Sampai-sampai sana kami pun pergi la jumpa ustaz untuk register dak dua orang neh. Selepas register, dak Arif tuh kena tukar baju. Dia kena pakai jubah putih n kopiah. Wah! da macam ustaz pegi haji 3 kali. Haji, Haji, Haji Arif. Wakakakka!! Sangat hensem. Sejuk perut mak ngandungkan dia. Ahaks! Lepas jek tukar baju, dia terus kena pergi surau. Start ngaji! Tanpa banyak bunyi, dia terus mengambil Quran dia dan memulakan mengaji. Hurm, bagus pulak budak neh. Tak ada pulak dia mengeluh ke hape..
     Lepas hantar Arif, kami terus pergi ke tempat Hikmah. Tempat lelaki dan perempuan tak sama. Saja diorang asingkan. Hikmah nye tempat kat rumah ustaz tu. Tenang jek tempat tuh. Sampai-sampai jek kat sana, Hikmah pun kena terus mula mengaji. Mak ada la tanya-tanya kejap dengan ustazah yang menjaga tempat area perempuan neh. Tanya punya tanya, rupanya ada barang yang diowang tak bawak. Baldi! Adeh! nak tak nak kena beli la sebab diowang kena basuh baju sendiri kat sana. Padahal berlambak baldi kat umah tuh. Tapi terpaksa la mak membelinya.
     So, saya, mak n abah pergi le mencari baldi budak2 neh then hantar balik kat tempat diowang. Mula-mula hantar kat Arif dulu. Berjumpa balik la kami ngan budak neh. Tersengih-sengih dia. Takda pulak dia mengeluh ke hape. Masih tenang n relax. Huhuhu.. Bagus pulak.. Lepas hantar barang kat Arif, kami pergi pula kat Hikmah. Sempat la jumpa dia jap, n salam-salam. Ngah salam-salam tuh sempat lagi dia bisik kat mak. Kata dia: "Sampai-sampai jek da kena ngaji. Kita da ulang banyak kali da surah tu mak." Wakakaka.. Padahal dia yang paling bersemangat nak pergi, sekali dia yang paling banyak mengeluh. Hahahha.. Macam-macam la budak-budak neh. Hahahaha...   
     Selesai jek dengan budak2 tuh, kami pun pulang. Sampai2 jek rumah, perasaan sunyi tuh mula datang. Sangat la senyap rumah ku ini seperti tiada penghuni. Hanya bunyi Tv yang memeriahkan suasana. Huh! berbeza lau diowang ada. Haru biru rumah! Padahal 2 orang jek tapi cam 23 orang. Wakakaka... Arif n Hikmah! lekas pulang! Porak perandakan rumah kita! Jyeah! Hahaha...

Saturday, November 27, 2010

Can I have dis?



Tahun 2011 adalah tahun untuk saya mencari dan mengumpul duit tuk mendapatkan EOS 1000D neh. Walaupun model ni mungkin agak lapuk bagi penggemar2 d-slr namun saya nak jadikan model ini sebagai barang pertama yang dibeli dari hasil titik peluh saya. Hehehehe.. Walaupun masih belajar, tapi saya masih mampu untuk bekerja dan mengumpul duit untuk ini.. Hehehe.. At least nampak gak r perginya wet yang dikumpul. Setelah di compare2 harga-harga model canon neh, nampaknya ni la yang paling layak saya beli sebagai permulaan. Tak larat nak beli yang mahal2. Tunggu kerja and dapat gaji besar nanti baru leh beli yang pro nyer.. Hhehehe.. EOS 1000D... Wait for me haa.. i'll catch u. Ahaks!

Friday, November 26, 2010

Harapan

Jari digenggam wajah kecil ditatap
Harapan si ayah melihat anaknya berjaya kelak dewasa
Harapan hanya tinggal harapan tanpa usaha mahupun keringat
Ayah pergi mengadap Illahi..

Redha dengan ketentuan Illahi
Harapan ibu sebagai pengganti
Melihat anaknya berjaya kelak dewasa
Berbahagialah ibu didunia dan akhirat

Si anak kecil semakin dewasa
Baru mengenali erti kehidupan
Tiada arah mahupun petunjuk
Hanya bahagia mampu dikejar

Tiada lagi harapan ibu dan ayah
Hanya air mata pengubat lara
Tiada lagi rasa hormat
Yang tinggal hanya kata-kata kesat

Bertaburan air mata si ibu
Menyesali kelahiran si anak yang disayangi
Tiada lagi subuh bagi si ibu esok
Tiadalah syurga bagi si anak

Harapan si anak hanya tinggal harapan
Tiada kesempatan untuk memohon ampun
Tiada lagi kemaafan tuk keterlanjuran laku
Menyesallah si anak tidak berlagu
Kembalilah si anak pada yang satu
Hanya pada Tuhan tempat nya mengadu..

first masterpiece. Reject!

Nampaknya masterpiece ku yang pertama dikritik hebat oleh orang-orang yang dengki atau erti kata laen tidak senang melihat diri ku ini yang terlebih jiwang. Hahahahaha...
Erm, agak geli jugak la apabila membaca kembali hasil nukilan ilusi ku itu. Wakakaka..
Takpe, agenda berikutnya... Penghasilan karya2 baru yang lebih series.. hehehe..
Nantikan.. akan kukerah kepala otakku ini tuk berfikiran lebih kritis dan kritikal dan menjauhi segala jiwang-jiwangness... ;)

Expressivenes

Cinta,
Bagaikan kain tanpa coraknya
Tak kutahu apa ertinya
Tak dapat disentuh namun tak mudah tuk dirasa
Hambar.. kosong.. tiada rasa..
Cinta,
Entah bila ku rasakan ada,
Perlahan-perlahan menusuk jiwa,
Ada sinar dimata,
Ada rasa melambai didada,
Ada cinta dapat kurasa…
Cinta,
Sedikit pun tidak terpengaruh dengan rupa
Apatah lagi harta
Cukuplah sekadar kewujudan iman dan takwa
Dambaku terlalu pada dirinya  
Cinta,
Kekadang dekat kekadang jauh
Sukar  tuk dikejar  apatah lagi tuk dimiliki
Pedih tak tertanggung dijiwa
Air mata ditekan agar tidak bertabur dipipi
Cinta,
Malu tuk memiliki cinta sejati
Akhirnya ku bertawakal dan redha
Hanya Tuhan tempat memohon
Istikharah dan hajat penambah usaha
Cinta,
Bukan mudah tuk memiliki sesuatu yang tak pasti
Namun ku yakin pada usaha dan diri ini
Setelah lama menyendiri tanpa rasa
Akhirnya ku yakin dengan cinta ini
Bakal membimbing dan menyayangi
Ku yakin dengan kekuatan doa
Kuharap pada Nya demi dirinya
Namun kuharap cintaku ini tidak melebihi cintaku padamu Tuhan…


Mode: Full of love!Terlebih jiwang.
Ekpresi pertama tentang cinta. ;)

Sunday, November 21, 2010

Harry Potter

                Hari ni saya, mak, adek Arif and adek Hikmah pergi menonton wayang. Kitorang pergi tengok cerita Harry Potter. Ni sume gara-gara nak memujuk adek Hikmah. Hari ni abah pergi Kuala Lumpur. Bukan maen lagi dia nak ikut. Mentang-mentangla cuti sekolah. Malangnya banyak hotel di Kuala Lumpur hari ni full so tak dapat la kami ikut. yeah! Hahaha.. Bosan sudeh duk Kl. Ngehngeh.. bagi memujuk Hikmah yang excited giler nak gi Kuala Lumpur tapi tak jadik tu, kami pun bawalah dia pergi menontong wayang. Asalnya nak tengok cerita ‘Ngankung’ tapi cerita tu tak kuar lagi jadik kami pun pergilah tengok cerita Harry Potter. Best gak ar cerita neh walaupun ending dia ade sedikit sedey. Huhuhu.. 
                Sebelum masuk tengok cerita Harry Potter tu, sempat la message Rifdi kawan baek saya neh. Ingat lagi haritu dia bukan maen provoke saya kata bila saya balik Kluang nanti dia ngan Nana nak pergi tengok Harry Potter kat KLCC. Mentang-mentanglah budak KL. Huh! Hahaha.. Sekarang neh saya yang pergi tengok dulu cerita Harry Potter tuh. Hahaha.. Tak sabar nak provoke dak Rifdi tu balik.. Hahahaha~