Hikmah dan Arif. ;)
Ya! Kebosanan telah melanda diriku yang kesepian ini. Ini semua gara-gara ketiadaan adik2ku yang pergi ke kem Ibadah kat Simpang Renggam nuh.. Adoii.. Bosan tahap tak tawula nak describe camne. Nengok tv boring. Bukak fb lak, nothing special. Tngok video kat youtube, xde mood.. Nak bermessaging, boyfrend xdak, kawan2 sibuk bercuti. Hadeh!!
Menghitung hari menunggu kepulangan adik2ku.. diowang balik sini, saya pulak kena balik uia. Hurm.. sama jek datangnye..Sempat la jumpa diowang sehari before balik. Erm, cita pasal dak2 neh, teringat pulak keletah diowang masa nak pergi kem tuh. Yang Hikmah tuh bukan kemaen lagi tak menyabar nak pergi, kemas barang awal, ajak mak pergi beli barang sume. Senang cita, sangat excited la dia nak pergi ke kem tuh sampai tak leh nak tido malam sblum pergi tuh. katanya..... Berbeza dengan si abang neh. Asyik bagi alasan jek nak mengelak dari pergi tempat tuh. Haahaha.. Barang-barang dia pun saya ngan adik Hikmah yang tolong kemaskan. Sikit pun dia tak amek tahu. Haish dak neh....
Tiba hari yang diowang kena pergi neh, Hikmah pun excited la an.. Bangun pun awal. Manis berbaju labuh biru dan bertudung putih blink2. (kalah mak datin). Ahaks! Yang si abang tuh pulak relax jek sarung t-shirt Kampung Boy. Apa dia ingat nak pergi melancong ke?? hahaahaha~ Sampai-sampai sana kami pun pergi la jumpa ustaz untuk register dak dua orang neh. Selepas register, dak Arif tuh kena tukar baju. Dia kena pakai jubah putih n kopiah. Wah! da macam ustaz pegi haji 3 kali. Haji, Haji, Haji Arif. Wakakakka!! Sangat hensem. Sejuk perut mak ngandungkan dia. Ahaks! Lepas jek tukar baju, dia terus kena pergi surau. Start ngaji! Tanpa banyak bunyi, dia terus mengambil Quran dia dan memulakan mengaji. Hurm, bagus pulak budak neh. Tak ada pulak dia mengeluh ke hape..
Lepas hantar Arif, kami terus pergi ke tempat Hikmah. Tempat lelaki dan perempuan tak sama. Saja diorang asingkan. Hikmah nye tempat kat rumah ustaz tu. Tenang jek tempat tuh. Sampai-sampai jek kat sana, Hikmah pun kena terus mula mengaji. Mak ada la tanya-tanya kejap dengan ustazah yang menjaga tempat area perempuan neh. Tanya punya tanya, rupanya ada barang yang diowang tak bawak. Baldi! Adeh! nak tak nak kena beli la sebab diowang kena basuh baju sendiri kat sana. Padahal berlambak baldi kat umah tuh. Tapi terpaksa la mak membelinya.
So, saya, mak n abah pergi le mencari baldi budak2 neh then hantar balik kat tempat diowang. Mula-mula hantar kat Arif dulu. Berjumpa balik la kami ngan budak neh. Tersengih-sengih dia. Takda pulak dia mengeluh ke hape. Masih tenang n relax. Huhuhu.. Bagus pulak.. Lepas hantar barang kat Arif, kami pergi pula kat Hikmah. Sempat la jumpa dia jap, n salam-salam. Ngah salam-salam tuh sempat lagi dia bisik kat mak. Kata dia: "Sampai-sampai jek da kena ngaji. Kita da ulang banyak kali da surah tu mak." Wakakaka.. Padahal dia yang paling bersemangat nak pergi, sekali dia yang paling banyak mengeluh. Hahahha.. Macam-macam la budak-budak neh. Hahahaha...
Selesai jek dengan budak2 tuh, kami pun pulang. Sampai2 jek rumah, perasaan sunyi tuh mula datang. Sangat la senyap rumah ku ini seperti tiada penghuni. Hanya bunyi Tv yang memeriahkan suasana. Huh! berbeza lau diowang ada. Haru biru rumah! Padahal 2 orang jek tapi cam 23 orang. Wakakaka... Arif n Hikmah! lekas pulang! Porak perandakan rumah kita! Jyeah! Hahaha...


No comments:
Post a Comment