Hari ni pagi-pagi lagi mak da kejutkan kami 3 beradek tuk pergi breakfast kat luar sebab air takdak. Aduh.. jenuh gak la kami nak bangun, mana taknya semalam tidur lewat kot sebab duk tengok si Arif tuh maen PS dia. Lepas subuh terus sambung tidur, tak larat da nak berjaga. Hehehe.. Selepas dikejutkan, kami pun bangunla dan mandi dengan kuantiti air yang tidak begitu memberangsangkan. Air kena jimat coz tak dop air.. Huhuhu.. Siap-siap da semua, kami pun pergi la menuju ke warong Sejahtera, tempat yang selalu kami pergi tu. Mee bandung dia sangat sedap tapi malangnya warong tu tutup lak. Adoi.. asyik tutup jek kedai makan yang kitowang nak pergi.
Kami pun ketandusan idea nak pergi breakfast katne. Tak mau dah pergi tempat laen. Takut jadik cam kes haritu. Lambat+tak sedap+mahal! Tiba-tiba adek ku yang Arif pun mencadangkan la kami pi breakfast kat kedai mamak kat Kluang neh. nak pekena tosei katanya. Budak neh memang suka makan makanan mamak, muka pun da ada iras2 mamak dah. wakakakaka~ Adeh, memang tak teringin la nak pi breakfast kat mamak. Lau lunch best la gak, leh pi pekena nasi daun pisang, ni breakfast kot.. Huhuhu..
Tiba-tiba mak ajak kami pergi makan kat railway coffee Kluang. Lama dah tak makan kat situ. Windu dengan roti bakar dia yang meletup tuh. Sultan Johor pun penah pekena roti bakar kat railway coffee kluang ni.. Huhuhu.. bangga sebentar menjadi anak Kluang. Sampai kat sane, saya ngan mak order la lontong, arif makan nasi lemak ayam, abah order mee kari pastu Hikmah makan roti bakar. Then kitorang add on lagi roti bakar. Hehehehe...
Tengah-tengah makan tuh tetiba mak ternampak lak kawan mak tengah makan ngan family dia dekat jek ngan meja kitowang. Mak pun pergi la menerpa kawannya tu yang agak lama tak jumpa tuh. Saya pun dengan segera pergi la kat kawan mak tuh untuk bersalam. Tiba-tiba mak tanye, 'kenal lagi tak neh?' Erk, sumpah tak kenal! sape la dia neh.. rupa-rupanya dia cikgu matematik masa sekolah rendah dulu. Adeh!! malu nyer. Da la tak ingat cikgu sendiri.. Hehehe.. Untuk mencover malu tuh, saya pun segerala pergi balik kat meja and continue makan. Hehehe..
Ni la roti bakar special kat railway coffee Kluang.. Nyummy...



No comments:
Post a Comment