Selalu kita dengar kenyang perut suka hati. Tapi kali ni berbeza sedikit. Pertama kalinya pergi makan then sakit hati. Malam ni abah saya bawaklah kami sekeluarga makan kat luar. Nak sambut besday adek Hikmah. Katanye… Padahal besday dia da lepas kot tapi dia nak tunggu kakak dia ni balik dulu baru nak pergi makan sesame. Huhuhu.. Plus kakak saya da nak balik UMT esok malam so kitowang pun pergi la malam ni..
Rancangan asalnya kami nak pergi makan kat restoran two-city yang kami selalu pergi tu tapi tutup pulak malam neh jadik kami pun pergi ke restoran hape entah. (tak teringin pun nak tawu). Sampai-sampai jek kat restoran tu kami ape lagi, order la makanan.. kitowang order siakap masak stim, tomyam campur, kailan ikan masin, daging rusa masak black pepper and nasi goreng ayam (adek arif nyer). Kami pun menunggu la dengan hati yang tenang dan perut yang lapar.
Seminit demi seminit masa berlalu. Dari mula berita start sehinggalah separuh cerita Ahmad Dhurrah tu makanan kami masih lagi belum sampai. Adoiii.. Dah ler lapar, makanan pulak lambat sampai. Dekat sejam gak la nak menunggu makanan sampai. Sedang-sedang menunggu makanan tu, adikku arif sorang neh mula la mengomel2. Dia memang sangat dikenali dengan perangai yang tidak sabar. Hehehe.. Dengan muka masamnya, dia pun membebel cakap bila nak sampai la makanan ni.., lau pegi restoran lain tadi da sampai da la.., ni la.., tu la.., bla..bla..bla.. Sakit gak la telinga ku ni mendengarnya. Orang lain pun bengang gak tapi takdela nak membebel2 cam dia. Pastu mak saya pun sound la dia. Mak kata “sabar la… pernah tak belajar bersabar?” wakakakaka…. Terdiam gak la budak tuh. Hahahha..
Penantian demi penantian… Makanan masih belum kunjung tiba. Masing-masing yang tadi kenal erti sabar seakan-akan sudah tidak mengenali lagi apa itu sabar. Sehinggalah satu tahap mak yang tadi sound adek arif pun terlepas gak. Mak mengadu, “bila la nak sampai makanan ni, lau masak kat umah tadi da siap makan da.” Pastu dengan pantasnya adik arif ku sorang neh jawab, “sabar mak…..” Pergh! Kene setepek. Melawan adekku sorang neh tapi kelakar gak r. Hahaha.. Mak pun terkesima sebentar pahtu tergelak2 la mak saya.. hahaha.. At least, hilang kejap perasaan bengang kami tadi.
Selesai melawak, ketawa, bercerita, berangan dan sebagainya, makanan pun sampai. Tanpa membuang masa, saya tanpa menoleh kanan kiri pergi la menerpa makanan yang terhidang diatas meja. Ku rasa satu persatu makanan yang ada… adoiii… Bukan mahu menghina makanan tapi memang sangat tak sedap, senang cerita, takdak rasa langsung! Nasib la lapar sangat, habis jugak la ku kerjakan makanan2 tu suma.. Akak and adik2 ku suma makan tak habis. Memang patut pun tak habis sebab tak sedap. Tambah lagi sakit hati, dah la tak sedap, mahal pulak tuh! Adeh! Baru jek rancang tak nak mengumpat tapi sangat tak leh tahan. Uish! Tak mahu dah pergi restoran tu lagi!
No comments:
Post a Comment