Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Saturday, November 20, 2010

Nasi dagang~

     Hehehe... Hari ni, for da first time saya dan mak masak nasi dagang. Walaupun hanya berbekalkan sekeping kertas resepi, kami berjaya jugak menghasilkan nasi dagang yang special di abad ini. Weeee.. Walaupun kami terpasa mengukus dua kali nasi dagang tuh kerana kekurangan santan dan tak berapa nak masak sangat berasnya, tetapi, resultnya sangat la membanggakan especially kuah nasi dagang tuh. Ngehngehngeh.. Mak dengan bangganya siap cakap lagi yang dia nak bukak restoran jual nasi dagang. Mak memang, bila dia masak kari dia cakap nak bukak restoran jual kari special. Bila masak asam pedas nak bukak restoran jual asam pedas special lak. hahhaha.. Tapi pe2 pun masakan mak memang meletup!! Heheehhe...
     Time menjamu nasi dagang tu, orang yang paling meriah sekali makan tentu-tentu lah abah saya. Dua tiga pinggan jugak la dia mengerjakan nasi dagang tuh pahtu abah leh cakap ngan mak daripada 100 dia bagi 60 jek. Hangin jek mak dengar. Hahaha.. Lagi sorang yang seronok sangat makan nasi dagang tuh adalah kakak saya. Memang feveret dia la nasi dagang tuh. Kebetulan malam ni dia da nak balik Terengganu, tu yang kami masak untuk dia. Takdelah mengidam nanti.. hahahaha.. Niway hari ini sangat best sebab dapat belajar masak nasi dagang. Sok lusa nak belajar masak nasi kerabu lak.. ;)

No comments: