Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Friday, December 3, 2010

Ada solehah dalam diriku

     Jangan salah faham dengan tajuk neh.. Hehehe.. Ni adelah tajuk article yang baru jek lepas saya baca tadi. Mengisahkan seorang gadis yang dahulunya seorang hafizah namun kemudian lupa diri kerana hasutan dunia. Hanya kerana tidak mahu dibilang hipokrit, dia tidak lagi berpakaian dan berperwatakan seperti gadis-gadis muslimah lain. Namun, Kasih sayang Allah tetap padanya. Pintu hatinya terbuka untuk kembali seperti gadis-gadis muslimah yang lain yang menjaga kehormatan dan perwatakan diri. Ini semua kerana keperibadian dan sifat wanita sejati yang ada pada sahabatnya. Melihatkan rakannya yang sentiasa hampir pada Allah dan sentiasa menjaga auratnya sebagai seorang muslimah, sedikit sebanyak melembutkan hatinya untuk menjadi seperti sahabatnya. Hurm, da macam wat sinopsis cerita la pulak. Hehe..
     Asalnya tadi saja-saja je nak baca kesah neh, takde keje nak wat. Heehe. Dah baca2, cam best la pulak. Tajuk dia salah satu faktor yang menarik saya untuk baca kesah ni, "Ada solehah dalam diriku." Erm, bertanya pada diri sendiri, "Ada ke solehah aku ni." Tepuk dada, tanya iman. Jauh disudut hati ingin sekali diberi peluang seperti itu. Selalu dibuka pintu hati tuk pergi kearah itu tetapi ada sahaja halangan dan tak istiqamah. Semoga suatu hari nanti saya dapat menjadi salah seorang wanita solehah yang berjaya didunia dan akhirat kelak. Ameen~

No comments: