Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Thursday, December 9, 2010

Perlukah bercerita pasal politik di fesbuk?

     Dah lama sebenarnya nak cerita pasal hal ni kat blog neh tapi ada aje halangan nya.. Saya sangat-sangatlah tak berminat dengan orang yang selalu sangat post macam-macam pasal hal politik dekat fesbuk dia.. Tak de niat langsung nak mengumpat cuma nak meluahkan perasaan dekat blog ni je.. Hehehe.. Ok, mungkin itu masalah dia la nak post apa-apa sebab wall dia. Tapi..  masalahnya bila da post di dinding fesbuk tuh, maka secara automatik la kami kawan-kawan fesbuk dia akan 'ter'baca post-post 'menarek' dari beliau neh.. Adeh! tak teringin pun nak baca tapi lau da tertera kat depan mata, 'ter'baca la jugak..  Persoalannya.. sapa dia ni yang beriya-iya sangat nak cakap pasal parti politik yang  ini sangat bagus la, parti politik yang itu corrupt, parti politik ni ini la.. itu la.. Kalah ahli politik bila bercakap.. Umur pun baru setahun jagung je budak neh tapi bukan kemaen lagi ngutuk orang neh, ngutuk orang tuh, ngutuk parti ni, ngutuk parti tuh.. Parti politik yang dia agung-agungkan tu ke yang ajar dia  mengutuk orang.. Dah ler tulis kat fesbuk pahtu orang laen baca, tak berganda-ganda pulak dosa an.. 
     Yang wat saya bertambah-tambah tak berminat nak baca post dia bila dia suruh bawak benda-benda yang bermanfaat di fesbuk.. Ok, mungkin politik tu salah satu perkara yang bermanfaat dan wadah ilmu yang sesuai dibincngkan oleh kami terutamanya sebagai seorang pelajar, tetapi... itu pun kalau kena dengan gayanya la.. Kalau asyik bercerita tentang keburukkan parti ini parti itu.. bermanfaat kah?? Lu pikir la sendiri ya bak kata Nabil.. Mengajak orang baca bahan-bahan ilmiah semua terutama isu-isu tentang islam berbanding fesbuk.. Ok, sangat la bagus peringatan tu.. Tapi  adakah dia sendiri mengamalkan segala bahan-bahan ilmiah yang dia baca tu? Saya pasti dia ada membaca dan dia sendiri tahu yang adalah tidak baik kite memburuk-burukkan orang lain walaupun orang tu sejahat-jahat manusia.. Even seseorang tu adalah seorang penagih ataupun pelacur, tetapi tiada sikit pun kita diberikan hak oleh Allah untuk menceritakan tentang keburukan mereka pada orang lain.. Saya tak berani la sangat nak bercerita pasal hal agama-agama ni sebab nak dibandingkan dengan dia apa sangat la ilmu yang saya ada berbanding dia yang saya rasa banyak ilmunya.. Tapi biasalah, manusia biasa.. Tak semua sempurna.. Even saya sendiri banyak kekurangan.. InsyaAllah akan cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa..
     Erm, tak salah bagi saya kita mahu bercerita pasal hal politik ataupun apa-apa hal sekalipun.. Cumanya tak perlulah sampai mengkritik secara berlebih-lebihan atau sehingga tahap mengutuk.. Rasulullah sendiri ada cara tersendiri untuk menegur orang tanpa sedikit pun menghina atau memperkecl-kecilkan orang itu... Contohilah cara Rasulullah kita.. Bagi saya, setiap parti politik ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Kita tak perlu la nak mengagung-agungkan sesebuah parti politik itu atau menghina parti politik lain.. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Walaubagaimanapun, menulislah secara berhemah.. Tidak perlu mengikut rasa.. Bukan semua orang akan bersetuju dengan kita sebab setiap orang mempunyai rasa dan pemikiran yang berbeza dan janganlah sehingga dilabel sebagai hipokrit. Wallahualam..

No comments: