Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Sunday, December 5, 2010

     Semalam, selamat sudah arwah atuk saya yang disayangi dikebumikan.. Alhamdulillah.. Segalanya berjalan dengan mudah dan pantas. Arwah atuk memang.. sejak dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia, sikit pun dia tak nak menyusahkan orang.. Atuk2~ huhu.. Entry kali ni saya nak bercerita tentang arwah atuk saya.. Kisah ini semua hasil dari pengalaman saya sendiri, nenek, cousins, mak abah, pakcik dan makcik. Everything is all about my dear atok..

     Sehari sebelum atuk pergi, atuk ada mengadu sakit-sakit dada.. Jadik kazen-kazen saya yang tinggal betul2 disebelah rumah atuk ni bercadang la nak bawa atuk ke hospital untuk pergi berubat. Pada awalnya atuk berkeras tak nak pergi. Arwah atuk memang susah nak dibawa ke hospital. Tahu sangat kami, ini semua sebab tidak mahu menyusahkan anak-anak dan cucu-cucu. Kemudian tiba-tiba nenek saya pergi kerumah kazen saya yang tinggal bersebelahan. Nenek cakap atuk setuju nak pergi berubat tapi atuk nak pergi klinik, tak mahu ke hospital. Huhu.. macam2 atuk ku neh.. Kazen saya yang bernama Man ni segera la datang ke rumah atuk untuk membawa atuk pergi tapi atuk cakap lepas zuhur la.. Bila da sampai zuhur, atuk cakap lepas asar pulak.. Hahaha.. Lepas asar tuh, atuk sendiri pergi keluarkan kereta dia dari garaj. Memang tak macam orang sakit la kalau tengok. Masih larat lagi dia bawak kereta. Kemudian Pak cik Ayid datang bawak kereta ditemani kazen saya yang Man ni teman atuk ke klinik..
     Sampai diklinik doktor check denyutan jantung atuk. Doktor kata atuk sakit teruk jadi doktor cepat-cepat keluarkan surat tuk transfer atuk terus ke hospital. Nak tak nak atuk terpaksa la ikutkan.. Sampai-sampai hospital atuk terus dimasukkan ke unit rawatan kecemasan. Nenek, pakcik, makcik, mak abah and adek-adek saya semua ada masa dihospital tu sehinggalah atuk mula pulih dan dimasukkan ke wad biasa. Masa nak ke wad biasa dari wad kecemasan tu, atuk saya pergi berjalan sendiri dan dipapah oleh kazen saya Man. Sangat hebat la atuk, tak perlukan kerusi roda pun..
     Di wad biasa, semua datang menziarah atuk.. atuk nampak sihat, siap boleh berborak dengan cucu-cucu dia lagi. Semua cucu yang datang dia mintak urutkan.. Tak sedap badan katanya.. Sempat dia berborak-borak dengan adik hikmah, atuk usap kepala Hikmah. Hikmah cakap atuk berbual dengan dia tapi dia tak faham sebab atuk cakap banjar. hahahaha.. Macam2..
     Masa kat wad tu, atuk ada mintak nenek basuhkan kain ihram dia, dia cakap nak pakai.. Subhanallah.. Atuk memang da tawu dia da nak pergi.. Then kazen saya yang Ilah ni pulak nak bagi atuk makan tapi atuk kata tak nak, die kata tekak dia pahit. Dia nak minum air jek.. Then kazen saya yang Man ni dengan sengalnya pergi beli air milo tin sejuk yang beli dalam box then masuk wet tuh. Hahaha.. Boleh plak dia bagi atuk minum air tu.. atuk minum tapi atuk minum sikit jek. Huhu..
     Malam tu, atuk tak selesa.. tak boleh tidur katanya.. habis dicabutnya wayar-wayar kat dada dia.. Masa atuk tak leh tidur, sempat atuk baca Quran and buatkan solat hajat tuk Anah cucu atuk yang tengah amek SPM neh.. Ya Allah... Atuk memang selalu mendoakan untuk anak dan cucu-cucu dia. Setiap kali kami cucu-cucu bakal menghadapi peperiksaan besar, atuk tidak pernah terlupa untuk mendoakan kami dan membuat solat hajat untuk kami.. Lepas neh, da takde da orang yang nak buatkan solat hajat untuk kami seperti mana atuk pernah buat dulu..;(
     Masa atuk pergi, Man sempat duduk dengan atuk.. Atuk pergi sangat sekejap.. Cik Ayid baru jek keluar kejap sangat pergi amek air, sampai-sampai wad doktor sahkan atuk da takda.. (T_T). Man cakap masa atuk nak pergi tu Man sempat ajarkan atuk mengucap, kemudian atuk pandang atas lepastu Man cakap atuk pandang kanan, then atuk senyum.. Lepastu atuk terus pergi.. Subhanllah.. Sangat mudah.... Atuk sakit sekejap jek, pergi pun mudah jek.. Alhamdulillah....
     Bila nenek dapat tahu jek yang atuk dah tak ada, nenek terus pitam.. Tak sanggup rasanya hidup tanpa atuk disisi.. Itulah kekuatan cinta atuk dan nenek.. Tak pernah luput.. Hampir 70 tahu mereka hidup bersama.. Masya Allah.. Atuk sentiasa mendahulukan nenek jika ada apa-apa.. Pak cik Cham saya pernah cakap walaupun nenek saya yang selalu sakit-sakit tapi mesti atuk saya yang pergi dulu.. Memang betul, atuk sakit tapi sikitpun dia tak mengadu.. sikit pun tak nak menyusahkan anak-anak dan cucu-cucu.. Kalau nak pergi bawak atuk berubat mesti atuk suruh bawak nenek dulu... Sayang betul atuk pada nenek..
     Kemudian atuk dibawa pulang kerumah.. atuk diletakkan diatas katil di ruang tamu rumah.. anak-anak dan cucu-cucu atuk semua duduk membacakan yassin dan Al-Quran lebih kurang pukul 2.. Atuk meninggal dunia dalam pukul 1 pagi.. Sepupu saya Zahidah dan Zubair adalah hafiz dan hafizah. Mereka bercadang nak khatam Quran terus hari itu. Diorang bagi dua.. Sorang amek 15 juzuk tapi diorang tak larat. Tapi banyak jugak la yang dapat diowang habiskan.. Untung atuk.. Dapat sedekah doa dari cucu-cucu yang yang hafiz dan hafizah.. Alhamdulillah.. Atuk tak pernah bersendiri, dari diambil dari hospital sehinggalah sampai kerumah.. Sentiasa ditemani isteri, anak dan cucu-cucu.. Cik ayid pesan jangan tinggal atuk sorang-sorang.. Tak elok katanya.. Maza kazen saya yang Zahidah tu teman atuk sambil baca Quran, dia kata dia ada nampak kupu-kupu datang.. Orang kata itu petanda yang baik.. Alhamdulillah, mudah-mudahan..
     Pagi tu, dalam pukul 7 lebih, rumah atuk telah didatangi orang kampung yang datang berziarah.. Masya Allah.. Ramai betul orang yang datang.. Macam kenduri.. Atuk memang dikenali orang kampung dan sentiasa dihormati.. Atuk pernah jadik ketua kampung yang tegas suatu masa dahulu.. Huhu.. Ramai yang datang untuk melihat atuk dan bacakan Yassin untuk atuk. Alhamdulillah..
     Mengikut perancangan, atuk akan dimandikan pada pukul 9 pagi dan siap  dikafankan semua dalam pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah... Memang mudah segala urusan dan sangat mengikut seperti yang dirancang. Selepas atuk dikafankan, kami diberi peluang untuk cium atuk untuk kali terakhir. Sebak semua ketika itu.. Tidak sanggup semua untuk menahan air mata.. Masa cium dahi atuk, dahi atuk terasa basah dan sejuk.. Muka atuk macam masa atuk tengah tidur.. Tak macam langsung orang yang telah pergi menghadap Illahi.. Nenek suh tengok dan cium atuk.. Nenek cakap nanti tak jumpa atuk dah.. Sedih sangat masa tu! Allah je yang tahu perasaan kami. Nenek tak dapat nak tengok atuk.. Nenek tak sanggup dan kami pun tak paksa sebab nenek sangat lemah..   
     Selepas atuk dikafankan atuk dibawa ke surau untuk disembahyangkan.. Pak cik saya merancang untuk buat solat jenazah dirumah sahaja tapi dulu atuk pernah pesan yang dia nak disembahyangkan disurau haji Amri. Surau tu arwah moyang saya yang buat.. Ayah kepada atuk dah atuklah yang menghidupkan surau tu sampailah sekarang.. Sampai disurau, pakcik dan kazen-kazen yang lelaki terkejut besar sebab ramai yang datang untuk membuat solat jenazah. Surau sangat penuh! Masya Allah.. Allahuakbar! Then pak cik cakap naseb baek buat dekat surau, lau buat dekat rumah mesti tak muat.. Subhanallah...
     Selepas selesai disembahyangkan, atuk terus dibawa kekubur untuk dikebumikan.. Tak cukup dengan orang yang ramai datang membuat solat jenazah untuk atuk, ada lagi yang dah menunggu jenazah atuk dikubur.. Ya Allah... Ramai betul yang menziarahi atuk daripada atuk dirumah, disurau sehinggalah dikubur.. Kemudian atuk dimasukkan kedalam liang lahad.. Untung atuk, segala-galanya diuruskan oleh anak-anak menantu sendiri dan cucu-cucu.. dari dimandikan, dikafankan sehinggalah dikebumikan... Alhamdulillah.. Masa nak ditanamkan pun sangat mudah.. Tanah atuk sangat lembut.. Cuaca pun sangat baik.. Sedangkan sebelum ni sentiasa hujan lebat.. Alhamdulillah semasa kebumikan atuk, cuaca sangat baik.. Pengebumian pun sangat mudah sehinggalah Imam membacakan talkin..
     Selepas selesai talkin dibacakan, orang pun beransur pulang.. Tingallah kami saudara-mara dikubur atuk.. Kami nak bacakan Yassin untuk atuk tapi Yassin pulak tak dibawa.. Alhamdulillah ada Zubair, sepupu saya yang hafaz Quran ada mengetuai kami semua untuk bacaan Yassin.. Selesai sudah bacaan Yassin, kami pun bergerak pulang.. Selepas beberapa langkah, mak ada cakap yang sekarang ni atuk da mula disoal.. Saya dan saudara lain tersenyum dan berkata yang saya yakin bahawa atuk akan dapat menjawab soalan-soalan dari malaikat.. Insyaallah...
     Sampai dirumah, kami semua duduk beramai-ramai.. Macam-macam kesah yang dikongsikan sesama kami bersama air mata yang tidak mampu lagi diseka.. Semua cerita tentang atuk.. Kami semua rasa macam atuk masih ada jek lagi sebab atuk meninggal sangat simple.. Atuk takde pun terbaring menderita kesakitan ataupun uzur.. Atuk sangat sihat sebelum ini, sebab itu kami masih rasa macam atuk masih ada lagi dirumah tu..
     Kemudian kami mula sibuk untuk memasak bagi kenduri tahlil malam tu.. Kami jemput orang-orang surau jek.. Malam ini pulak kenduri tahlil dibuat untuk kami anak-anak dan cucu-cucu atuk sahaja.. Semoga atuk bahagia disana.. Ameen... Selepas maghrib, saya, cik Tipah dan sepupu saya Zahidah kemas bahagian atas.. Tempat tahlil diadakan.. Kemudian saya ada dengar bunyi-bunyi seperi ada orang datang baca Yassin tapi saya abaikan jek sebab saya ingatkan bunyi dari televisyen.. Kemudian cik Tipah terus cepat-cepat suruh amek Yassin letak dihadapan sebab orang surau dah sampai katanya. Huh! Kita pun heran, camne lak orang surau datang awal sangat sebab tahlil nya mula lepas Isyak.. Kami bertiga pun pergi la segera ke ruang tamu. Takde orang.. Tv pun bertutup.. Kazen yang kecik-kecik pun semua takde kat situ, semua didapur.. Saya pandang cik Tipah, cik Tipah pandang Zahidah, Zahidah pandang saya.. Hurm, kami diam dan teruskan mengemas apa yang patut..
     Pagi tadi saya dan cik Tipah bercerita la pasal hal semalam dekat saudara lain semua.. Pastu mak dan mak cik saya cakap, ada la tu yang datang dulu sedekahkan Yassin untuk atuk.. Masya Allah.. Sebak saya masa dengar tu.. Untungnya atuk.. Kemudian kami mula lagi bercerita pasal atuk.. Masa tengah sibuk-sibuk siang sayur kangkung, cik Tipah cakap ini feveret atuk ni.. pastu saya pulak kata jakgi atuk mesti datang dapur, pergi belakang tengok ayam-ayam dia.. Pastu mak pulak datang cakap mak teringat atuk time-time ni baru balik pasar bawar ikan or ayam dengan baju kemeja atuk tuh.. Huhu.. Bergenang lagi kami...
     Kalau bercerita tentang atuk dari mula atuk menghembuskan nafas dia yang terakhir sehinggalah dia dikebumikan, saya tak berhenti-henti bersyukur kepada Allah kerana permudahkan segala urusan atuk didunia.. Allah sangat menyayangi atuk.. Tapi apa-apa pun saya sangat kesiankan nenek.. Nenek sangat tak tenang, puas kami cucu-cucu memujuk nenek sehinggalah datang pak cik udin.. Pak cik Udin duduk betul-betul depan nenek dan begi nenek kekuatan.. Baru la nampak nenek ok sikit.. Alhamdulillah.. Semoga nenek saya tabah menghadapi dugaan kehilangan seorang suami yang amat disayangi dan semoga roh atuk saya tenang bersama-sama orang yang beriman.. Ameen.... 

No comments: