Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Thursday, January 6, 2011

Stress

     Hurm.. lama rasanya tak update blog. Sedikit rindu la.. Selama tak 'meng'update blog neh, macam-macam kejadian jadik. Macam-macam juga perasaan ada.. Gembira, sedih, bengang, takut, bosan, bingung,.. Aish, letih nak layan.. Huhu.. Susah nak kawal masalah hati neh. Makin dilayan makin sakit. Jadik ignore jek la perasaan-perasaan tuh semua. Bukan nak kata takde perasaan, cuma tak nak memberatkan kepala otak dengan masalah-masalah hati neh.. Apa-apa pun, segalanya saya serahkan pada Tuhan yang satu.. Semoga Allah memberikan yang terbaek bagi diri ini. Huhuhu.. Asal tetiba rasa matang neh? ahaks! 

* Senyumlah walau diuji. ;)

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru!

     Macam biasa, tahun baru akan dikaitkan dengan azam baru. Jadik apakah azam tahun baru anda? Azam tahun baru saya macam biasa ingin jadi lebih baek dari tahun-tahun yang sudah. (jawapan standard). Actually seminggu sebelum tahun baru ni, saya ada la mengikuti satu program khalifah yang sangat la memberikan banyak input. So, harap2 tahun baru ni saya dapat gunakan segala ilmu2 yang saya dapat tu untuk memperbaiki diri sendiri dan juga orang laen.. Semua tentang hukum pembelajaran, kata hati dan macam2 lagi ilmu yang saya perolehi akan saya cuba aplikasikan dalam kehidupan.. InsyaAllah.. Semoga tahun baru ni menjanjikan tahun yang terbaek bagi saya dan diberikan jodoh.. Amin.. (gatal gitu). hahhaha..

Thursday, December 9, 2010

Perlukah bercerita pasal politik di fesbuk?

     Dah lama sebenarnya nak cerita pasal hal ni kat blog neh tapi ada aje halangan nya.. Saya sangat-sangatlah tak berminat dengan orang yang selalu sangat post macam-macam pasal hal politik dekat fesbuk dia.. Tak de niat langsung nak mengumpat cuma nak meluahkan perasaan dekat blog ni je.. Hehehe.. Ok, mungkin itu masalah dia la nak post apa-apa sebab wall dia. Tapi..  masalahnya bila da post di dinding fesbuk tuh, maka secara automatik la kami kawan-kawan fesbuk dia akan 'ter'baca post-post 'menarek' dari beliau neh.. Adeh! tak teringin pun nak baca tapi lau da tertera kat depan mata, 'ter'baca la jugak..  Persoalannya.. sapa dia ni yang beriya-iya sangat nak cakap pasal parti politik yang  ini sangat bagus la, parti politik yang itu corrupt, parti politik ni ini la.. itu la.. Kalah ahli politik bila bercakap.. Umur pun baru setahun jagung je budak neh tapi bukan kemaen lagi ngutuk orang neh, ngutuk orang tuh, ngutuk parti ni, ngutuk parti tuh.. Parti politik yang dia agung-agungkan tu ke yang ajar dia  mengutuk orang.. Dah ler tulis kat fesbuk pahtu orang laen baca, tak berganda-ganda pulak dosa an.. 
     Yang wat saya bertambah-tambah tak berminat nak baca post dia bila dia suruh bawak benda-benda yang bermanfaat di fesbuk.. Ok, mungkin politik tu salah satu perkara yang bermanfaat dan wadah ilmu yang sesuai dibincngkan oleh kami terutamanya sebagai seorang pelajar, tetapi... itu pun kalau kena dengan gayanya la.. Kalau asyik bercerita tentang keburukkan parti ini parti itu.. bermanfaat kah?? Lu pikir la sendiri ya bak kata Nabil.. Mengajak orang baca bahan-bahan ilmiah semua terutama isu-isu tentang islam berbanding fesbuk.. Ok, sangat la bagus peringatan tu.. Tapi  adakah dia sendiri mengamalkan segala bahan-bahan ilmiah yang dia baca tu? Saya pasti dia ada membaca dan dia sendiri tahu yang adalah tidak baik kite memburuk-burukkan orang lain walaupun orang tu sejahat-jahat manusia.. Even seseorang tu adalah seorang penagih ataupun pelacur, tetapi tiada sikit pun kita diberikan hak oleh Allah untuk menceritakan tentang keburukan mereka pada orang lain.. Saya tak berani la sangat nak bercerita pasal hal agama-agama ni sebab nak dibandingkan dengan dia apa sangat la ilmu yang saya ada berbanding dia yang saya rasa banyak ilmunya.. Tapi biasalah, manusia biasa.. Tak semua sempurna.. Even saya sendiri banyak kekurangan.. InsyaAllah akan cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa..
     Erm, tak salah bagi saya kita mahu bercerita pasal hal politik ataupun apa-apa hal sekalipun.. Cumanya tak perlulah sampai mengkritik secara berlebih-lebihan atau sehingga tahap mengutuk.. Rasulullah sendiri ada cara tersendiri untuk menegur orang tanpa sedikit pun menghina atau memperkecl-kecilkan orang itu... Contohilah cara Rasulullah kita.. Bagi saya, setiap parti politik ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Kita tak perlu la nak mengagung-agungkan sesebuah parti politik itu atau menghina parti politik lain.. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Walaubagaimanapun, menulislah secara berhemah.. Tidak perlu mengikut rasa.. Bukan semua orang akan bersetuju dengan kita sebab setiap orang mempunyai rasa dan pemikiran yang berbeza dan janganlah sehingga dilabel sebagai hipokrit. Wallahualam..

Sunday, December 5, 2010

     Semalam, selamat sudah arwah atuk saya yang disayangi dikebumikan.. Alhamdulillah.. Segalanya berjalan dengan mudah dan pantas. Arwah atuk memang.. sejak dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia, sikit pun dia tak nak menyusahkan orang.. Atuk2~ huhu.. Entry kali ni saya nak bercerita tentang arwah atuk saya.. Kisah ini semua hasil dari pengalaman saya sendiri, nenek, cousins, mak abah, pakcik dan makcik. Everything is all about my dear atok..

     Sehari sebelum atuk pergi, atuk ada mengadu sakit-sakit dada.. Jadik kazen-kazen saya yang tinggal betul2 disebelah rumah atuk ni bercadang la nak bawa atuk ke hospital untuk pergi berubat. Pada awalnya atuk berkeras tak nak pergi. Arwah atuk memang susah nak dibawa ke hospital. Tahu sangat kami, ini semua sebab tidak mahu menyusahkan anak-anak dan cucu-cucu. Kemudian tiba-tiba nenek saya pergi kerumah kazen saya yang tinggal bersebelahan. Nenek cakap atuk setuju nak pergi berubat tapi atuk nak pergi klinik, tak mahu ke hospital. Huhu.. macam2 atuk ku neh.. Kazen saya yang bernama Man ni segera la datang ke rumah atuk untuk membawa atuk pergi tapi atuk cakap lepas zuhur la.. Bila da sampai zuhur, atuk cakap lepas asar pulak.. Hahaha.. Lepas asar tuh, atuk sendiri pergi keluarkan kereta dia dari garaj. Memang tak macam orang sakit la kalau tengok. Masih larat lagi dia bawak kereta. Kemudian Pak cik Ayid datang bawak kereta ditemani kazen saya yang Man ni teman atuk ke klinik..
     Sampai diklinik doktor check denyutan jantung atuk. Doktor kata atuk sakit teruk jadi doktor cepat-cepat keluarkan surat tuk transfer atuk terus ke hospital. Nak tak nak atuk terpaksa la ikutkan.. Sampai-sampai hospital atuk terus dimasukkan ke unit rawatan kecemasan. Nenek, pakcik, makcik, mak abah and adek-adek saya semua ada masa dihospital tu sehinggalah atuk mula pulih dan dimasukkan ke wad biasa. Masa nak ke wad biasa dari wad kecemasan tu, atuk saya pergi berjalan sendiri dan dipapah oleh kazen saya Man. Sangat hebat la atuk, tak perlukan kerusi roda pun..
     Di wad biasa, semua datang menziarah atuk.. atuk nampak sihat, siap boleh berborak dengan cucu-cucu dia lagi. Semua cucu yang datang dia mintak urutkan.. Tak sedap badan katanya.. Sempat dia berborak-borak dengan adik hikmah, atuk usap kepala Hikmah. Hikmah cakap atuk berbual dengan dia tapi dia tak faham sebab atuk cakap banjar. hahahaha.. Macam2..
     Masa kat wad tu, atuk ada mintak nenek basuhkan kain ihram dia, dia cakap nak pakai.. Subhanallah.. Atuk memang da tawu dia da nak pergi.. Then kazen saya yang Ilah ni pulak nak bagi atuk makan tapi atuk kata tak nak, die kata tekak dia pahit. Dia nak minum air jek.. Then kazen saya yang Man ni dengan sengalnya pergi beli air milo tin sejuk yang beli dalam box then masuk wet tuh. Hahaha.. Boleh plak dia bagi atuk minum air tu.. atuk minum tapi atuk minum sikit jek. Huhu..
     Malam tu, atuk tak selesa.. tak boleh tidur katanya.. habis dicabutnya wayar-wayar kat dada dia.. Masa atuk tak leh tidur, sempat atuk baca Quran and buatkan solat hajat tuk Anah cucu atuk yang tengah amek SPM neh.. Ya Allah... Atuk memang selalu mendoakan untuk anak dan cucu-cucu dia. Setiap kali kami cucu-cucu bakal menghadapi peperiksaan besar, atuk tidak pernah terlupa untuk mendoakan kami dan membuat solat hajat untuk kami.. Lepas neh, da takde da orang yang nak buatkan solat hajat untuk kami seperti mana atuk pernah buat dulu..;(
     Masa atuk pergi, Man sempat duduk dengan atuk.. Atuk pergi sangat sekejap.. Cik Ayid baru jek keluar kejap sangat pergi amek air, sampai-sampai wad doktor sahkan atuk da takda.. (T_T). Man cakap masa atuk nak pergi tu Man sempat ajarkan atuk mengucap, kemudian atuk pandang atas lepastu Man cakap atuk pandang kanan, then atuk senyum.. Lepastu atuk terus pergi.. Subhanllah.. Sangat mudah.... Atuk sakit sekejap jek, pergi pun mudah jek.. Alhamdulillah....
     Bila nenek dapat tahu jek yang atuk dah tak ada, nenek terus pitam.. Tak sanggup rasanya hidup tanpa atuk disisi.. Itulah kekuatan cinta atuk dan nenek.. Tak pernah luput.. Hampir 70 tahu mereka hidup bersama.. Masya Allah.. Atuk sentiasa mendahulukan nenek jika ada apa-apa.. Pak cik Cham saya pernah cakap walaupun nenek saya yang selalu sakit-sakit tapi mesti atuk saya yang pergi dulu.. Memang betul, atuk sakit tapi sikitpun dia tak mengadu.. sikit pun tak nak menyusahkan anak-anak dan cucu-cucu.. Kalau nak pergi bawak atuk berubat mesti atuk suruh bawak nenek dulu... Sayang betul atuk pada nenek..
     Kemudian atuk dibawa pulang kerumah.. atuk diletakkan diatas katil di ruang tamu rumah.. anak-anak dan cucu-cucu atuk semua duduk membacakan yassin dan Al-Quran lebih kurang pukul 2.. Atuk meninggal dunia dalam pukul 1 pagi.. Sepupu saya Zahidah dan Zubair adalah hafiz dan hafizah. Mereka bercadang nak khatam Quran terus hari itu. Diorang bagi dua.. Sorang amek 15 juzuk tapi diorang tak larat. Tapi banyak jugak la yang dapat diowang habiskan.. Untung atuk.. Dapat sedekah doa dari cucu-cucu yang yang hafiz dan hafizah.. Alhamdulillah.. Atuk tak pernah bersendiri, dari diambil dari hospital sehinggalah sampai kerumah.. Sentiasa ditemani isteri, anak dan cucu-cucu.. Cik ayid pesan jangan tinggal atuk sorang-sorang.. Tak elok katanya.. Maza kazen saya yang Zahidah tu teman atuk sambil baca Quran, dia kata dia ada nampak kupu-kupu datang.. Orang kata itu petanda yang baik.. Alhamdulillah, mudah-mudahan..
     Pagi tu, dalam pukul 7 lebih, rumah atuk telah didatangi orang kampung yang datang berziarah.. Masya Allah.. Ramai betul orang yang datang.. Macam kenduri.. Atuk memang dikenali orang kampung dan sentiasa dihormati.. Atuk pernah jadik ketua kampung yang tegas suatu masa dahulu.. Huhu.. Ramai yang datang untuk melihat atuk dan bacakan Yassin untuk atuk. Alhamdulillah..
     Mengikut perancangan, atuk akan dimandikan pada pukul 9 pagi dan siap  dikafankan semua dalam pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah... Memang mudah segala urusan dan sangat mengikut seperti yang dirancang. Selepas atuk dikafankan, kami diberi peluang untuk cium atuk untuk kali terakhir. Sebak semua ketika itu.. Tidak sanggup semua untuk menahan air mata.. Masa cium dahi atuk, dahi atuk terasa basah dan sejuk.. Muka atuk macam masa atuk tengah tidur.. Tak macam langsung orang yang telah pergi menghadap Illahi.. Nenek suh tengok dan cium atuk.. Nenek cakap nanti tak jumpa atuk dah.. Sedih sangat masa tu! Allah je yang tahu perasaan kami. Nenek tak dapat nak tengok atuk.. Nenek tak sanggup dan kami pun tak paksa sebab nenek sangat lemah..   
     Selepas atuk dikafankan atuk dibawa ke surau untuk disembahyangkan.. Pak cik saya merancang untuk buat solat jenazah dirumah sahaja tapi dulu atuk pernah pesan yang dia nak disembahyangkan disurau haji Amri. Surau tu arwah moyang saya yang buat.. Ayah kepada atuk dah atuklah yang menghidupkan surau tu sampailah sekarang.. Sampai disurau, pakcik dan kazen-kazen yang lelaki terkejut besar sebab ramai yang datang untuk membuat solat jenazah. Surau sangat penuh! Masya Allah.. Allahuakbar! Then pak cik cakap naseb baek buat dekat surau, lau buat dekat rumah mesti tak muat.. Subhanallah...
     Selepas selesai disembahyangkan, atuk terus dibawa kekubur untuk dikebumikan.. Tak cukup dengan orang yang ramai datang membuat solat jenazah untuk atuk, ada lagi yang dah menunggu jenazah atuk dikubur.. Ya Allah... Ramai betul yang menziarahi atuk daripada atuk dirumah, disurau sehinggalah dikubur.. Kemudian atuk dimasukkan kedalam liang lahad.. Untung atuk, segala-galanya diuruskan oleh anak-anak menantu sendiri dan cucu-cucu.. dari dimandikan, dikafankan sehinggalah dikebumikan... Alhamdulillah.. Masa nak ditanamkan pun sangat mudah.. Tanah atuk sangat lembut.. Cuaca pun sangat baik.. Sedangkan sebelum ni sentiasa hujan lebat.. Alhamdulillah semasa kebumikan atuk, cuaca sangat baik.. Pengebumian pun sangat mudah sehinggalah Imam membacakan talkin..
     Selepas selesai talkin dibacakan, orang pun beransur pulang.. Tingallah kami saudara-mara dikubur atuk.. Kami nak bacakan Yassin untuk atuk tapi Yassin pulak tak dibawa.. Alhamdulillah ada Zubair, sepupu saya yang hafaz Quran ada mengetuai kami semua untuk bacaan Yassin.. Selesai sudah bacaan Yassin, kami pun bergerak pulang.. Selepas beberapa langkah, mak ada cakap yang sekarang ni atuk da mula disoal.. Saya dan saudara lain tersenyum dan berkata yang saya yakin bahawa atuk akan dapat menjawab soalan-soalan dari malaikat.. Insyaallah...
     Sampai dirumah, kami semua duduk beramai-ramai.. Macam-macam kesah yang dikongsikan sesama kami bersama air mata yang tidak mampu lagi diseka.. Semua cerita tentang atuk.. Kami semua rasa macam atuk masih ada jek lagi sebab atuk meninggal sangat simple.. Atuk takde pun terbaring menderita kesakitan ataupun uzur.. Atuk sangat sihat sebelum ini, sebab itu kami masih rasa macam atuk masih ada lagi dirumah tu..
     Kemudian kami mula sibuk untuk memasak bagi kenduri tahlil malam tu.. Kami jemput orang-orang surau jek.. Malam ini pulak kenduri tahlil dibuat untuk kami anak-anak dan cucu-cucu atuk sahaja.. Semoga atuk bahagia disana.. Ameen... Selepas maghrib, saya, cik Tipah dan sepupu saya Zahidah kemas bahagian atas.. Tempat tahlil diadakan.. Kemudian saya ada dengar bunyi-bunyi seperi ada orang datang baca Yassin tapi saya abaikan jek sebab saya ingatkan bunyi dari televisyen.. Kemudian cik Tipah terus cepat-cepat suruh amek Yassin letak dihadapan sebab orang surau dah sampai katanya. Huh! Kita pun heran, camne lak orang surau datang awal sangat sebab tahlil nya mula lepas Isyak.. Kami bertiga pun pergi la segera ke ruang tamu. Takde orang.. Tv pun bertutup.. Kazen yang kecik-kecik pun semua takde kat situ, semua didapur.. Saya pandang cik Tipah, cik Tipah pandang Zahidah, Zahidah pandang saya.. Hurm, kami diam dan teruskan mengemas apa yang patut..
     Pagi tadi saya dan cik Tipah bercerita la pasal hal semalam dekat saudara lain semua.. Pastu mak dan mak cik saya cakap, ada la tu yang datang dulu sedekahkan Yassin untuk atuk.. Masya Allah.. Sebak saya masa dengar tu.. Untungnya atuk.. Kemudian kami mula lagi bercerita pasal atuk.. Masa tengah sibuk-sibuk siang sayur kangkung, cik Tipah cakap ini feveret atuk ni.. pastu saya pulak kata jakgi atuk mesti datang dapur, pergi belakang tengok ayam-ayam dia.. Pastu mak pulak datang cakap mak teringat atuk time-time ni baru balik pasar bawar ikan or ayam dengan baju kemeja atuk tuh.. Huhu.. Bergenang lagi kami...
     Kalau bercerita tentang atuk dari mula atuk menghembuskan nafas dia yang terakhir sehinggalah dia dikebumikan, saya tak berhenti-henti bersyukur kepada Allah kerana permudahkan segala urusan atuk didunia.. Allah sangat menyayangi atuk.. Tapi apa-apa pun saya sangat kesiankan nenek.. Nenek sangat tak tenang, puas kami cucu-cucu memujuk nenek sehinggalah datang pak cik udin.. Pak cik Udin duduk betul-betul depan nenek dan begi nenek kekuatan.. Baru la nampak nenek ok sikit.. Alhamdulillah.. Semoga nenek saya tabah menghadapi dugaan kehilangan seorang suami yang amat disayangi dan semoga roh atuk saya tenang bersama-sama orang yang beriman.. Ameen.... 

Saturday, December 4, 2010

Kehilangan

     Baru sebentar tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak dan message dari kakak ipar saya yang mengatakan atuk saya yang disayangi telah pergi. Inalillah.. Dalam pukul 9 lebih dapat tahu arwah atuk jatuh sakit. Dia kena masuk icu sebab diserang sakit jantung. Alhamdulillah lepas tu mak kata atuk da makin ok then atuk dimasukkan ke wad biasa. Tak lama lepas tu, terima panggilan dari mak dan kakak ipar mengatakan atuk dah pergi... Mak kata atuk pergi sangat mudah. Sempat dia berborak-borak dengan adek Hikmah, tak lama lepas tuh atuk pun pergi mengadap Illahi..
     Petang tadi, entah kenapa adek-adek saya beriya-iya ajak mak ngan abah balik kampung. Tiba-tiba jek.. Kebetulan pulak masa tu saya kena migrain yang sangat teruk, jadik tak dapat nak ikut balik. Tup-tup dapat tawu atuk jatuh sakit. Hikmah ngan Arif memang rapat ngan arwah atuk. Setiap kali cuti mesti nak balik kampung. Jumpa atuk ngan nenek. Mungkin sebab diorang rapat ngan arwah atuk, tu yang diowang beriya-iya nak balik kampung petang tadi. Alhamdulillah diowang dapat jumpa dan berborak dengan arwah atuk sebelum dia pergi. Ralat rasanya tak dapat nak jumpa arwah atok. Selama saya cuti ni, tak pernah pun balik jenguk atuk. Raya haji aritu pun tak dapat nak balik. Tak sempat nak jumpa dan berbora-borak dengan arwah atuk. Ya Allah.. kalau la boleh diputar kembali masa....
     Pukul 8 pagi kang saya akan berangkat ke kampung bersama abang dan kakak ipar. Sementara nak tunggu pukul 8, sempat berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah atuk. Sangat tak boleh nak tidur sebab sedih sangat-sangat dan asyik teringatkan atuk. Teringat balik masa arwah atuk masih hidup. Arwah atuk sangat menitik beratkan soal agama. Tak mustahillah arwah atuk pergi dengan mudah sekali. Sakit pun sekejap je.. Alhamdulillah.. Semoga atukku ditempatkan ditempat-tempat orang yang beriman. Ameen~


Ralat

     Hehehe.. entry kali ni just nak memperbetulkan pasal entry2 sebelum neh yang ade sedikit kesilapan, so i have to do some emendation la supaya tak tersalah faham. Hehehe.. First and foremost nak say thanks to Kak jie and Dean sebab sudi membaca blog saya yang mengarut neh and memperbetulakan apa yang salah. hehehe.. (gelak malu). First nak betulkan pasal entry saya yang bertarikh 27 November yang bertajuk can I have dis?? Kat situ ada cita pasal impian saya untuk mendapatkan EOS 1000D. Then saya ada gitau yang model tu agak lapuk bagi penggemar-penggemar dslr. Rupa2nya, ia bukanlah seperti apa yang saya sangkakan. si Dean ni pun comment la dekat wall fesbuk saya. Dia tulis camneh "‎1000d bukan lapok la..2 dlm kategori entry level...bg y baru nk blja"(Dean, 2010). Hehehe.. Saya bukannya tawu sangat pasal bab2 neh. Baru jek nak berjinak-jinak. Niway, thanx la pade Dean sebab memperbetulkan kesilapan saya ini. Huhuhu..
     Kesilapan kedua pulak berlaku pada entry yang baru jek saya tulis semalam. Thanx for Kak Jie kerana memperbetulkan kesalahan saya. Kes kali ni berat sikit pasal saya tersilap summarize cerita yang saya baca. Adeh! camne leh silap baca pun tak tawula. Saya ada bagitawu didalam entry yang bertajuk ada solehah dalam diriku, gadis yang dikatakan seorang hafizah (gelaran bagi wanita yang menghafal Quran) sebenarnya bukan la seorang hafizah, akan tetapi, nama dia yang Hafizah. Hehehe.. Tapi jalan cerita still betul ok. Memang Hafizah ni dulunya seorang yang baik cuma dia tak hafal Quran jek.. Heehhee.. Pe2 pun terima kasih kepada kak Jie yang sudi memperbetulkan kesilapan saya. Sangat-sangat appreciate. Pasneh, jangan segan-segan la nak betulkan or komen my next story kay? ;)

*Baru dapat berita yang atok saya yang disayangi dimasukkan ke wad disebabkan serangan jantung. Hope kawan-kawan dapat doakan atok saya berada dalam keadaan yang baek2 saja ye.. Terima kaseh~

Friday, December 3, 2010

Ada solehah dalam diriku

     Jangan salah faham dengan tajuk neh.. Hehehe.. Ni adelah tajuk article yang baru jek lepas saya baca tadi. Mengisahkan seorang gadis yang dahulunya seorang hafizah namun kemudian lupa diri kerana hasutan dunia. Hanya kerana tidak mahu dibilang hipokrit, dia tidak lagi berpakaian dan berperwatakan seperti gadis-gadis muslimah lain. Namun, Kasih sayang Allah tetap padanya. Pintu hatinya terbuka untuk kembali seperti gadis-gadis muslimah yang lain yang menjaga kehormatan dan perwatakan diri. Ini semua kerana keperibadian dan sifat wanita sejati yang ada pada sahabatnya. Melihatkan rakannya yang sentiasa hampir pada Allah dan sentiasa menjaga auratnya sebagai seorang muslimah, sedikit sebanyak melembutkan hatinya untuk menjadi seperti sahabatnya. Hurm, da macam wat sinopsis cerita la pulak. Hehe..
     Asalnya tadi saja-saja je nak baca kesah neh, takde keje nak wat. Heehe. Dah baca2, cam best la pulak. Tajuk dia salah satu faktor yang menarik saya untuk baca kesah ni, "Ada solehah dalam diriku." Erm, bertanya pada diri sendiri, "Ada ke solehah aku ni." Tepuk dada, tanya iman. Jauh disudut hati ingin sekali diberi peluang seperti itu. Selalu dibuka pintu hati tuk pergi kearah itu tetapi ada sahaja halangan dan tak istiqamah. Semoga suatu hari nanti saya dapat menjadi salah seorang wanita solehah yang berjaya didunia dan akhirat kelak. Ameen~