Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Sunday, January 23, 2011

Mari belajar bahasa Arab.

     Ok! sok quiz arab.. eh, bukan besok tapi hari ni.. Hari ni da 24hb da. Adeh! Masih ade 10 jam lagi untuk study. Tolak waktu tidur 5 jam, kelas before quiz arab 1jam 20minit. Huh! Tinggal 3 jam 40minit jek lagi nak study! (betul ke aku kira neh?). Tadi da mula study tapi sangat la tidak faham. Pelik-pelik, time kat kelas bukan kemaen paham lagi, bila baca balik, dia nyer tak faham tu macam tak pernah belajar. Aduyaiii..
     Ok la, tadi ada la jugak baca and revise balik apa yang dibaca tadi. Skang neh nak cuba explain kat sini pulak. Huhu.. 
     Erm, kat buku arab neh dia tulis 'mabni anil fi'il' (tulis dalam arab la) bermaksud: fi'il yang fix atau tidak berubah. (yek2 jek aku neh). Pastu dia terangkan disitu, ada 3 kategori dibawah 'mabni anil fi'il' neh iaitu 1.) 'bina' fi'il madhi' 2.) 'bina' fi'il amar' 3.) 'nun tawkid bil fi'il mudhari'. Ok! itu baru introduction tuh. Tak masuk isi lagi tuh. Baekla, kita teruskan pelajaran kita dengan kategori yang pertama:

'bina' fi'il madhi'
*Apa yang wajib ingat dalam kategori ini ialah : sukun, dommah, dan fathah. (ni adalah baris).
  1- Sukun apabila : bersambung dengan 'ta fa'il' atau 'nun fa'ilin' atau 'nun niswah'. 
  2- Dommah apabila : bersambung dengan 'wau jamaah'.
  3- Fathah apabila : bersambung dengan 'ta ta'nis' atau 'alif isnain'.
<saved> ok! da save kat kepale da. Ni baru kategori pertama. Kita teruskan dengan kategori yang kedua pulak ya iaitu:

'bina' fi'il amar'
* apa yang wajib ingat dalam kategori ini adalah : sukun, fathah, hazf nun dan hazf harf illah.
  1- Sukun apabila : fi'il tidak bersambung dengan additional letter, fi'il tiada huruf illah dan bersambung dengan  nun niswah.
  2- fathah apabila : bersambung dengan 'nun tawkid'
  3- hazf nun (hazf bermaksud remove) apabila : ade 'alif isnain', 'wau jamaah', 'ya' mukhatabah'.
  4- hazf harf illah  : kena buang huruf illah ('alif', 'wau', 'ya').
<saved> done wif 'bina' fi'il ammar'. Continue dengan kategori yang berikutnya :

'nun tawkid bil fi'il mudhari'
* ok, tak tawu nak explain camne coz time neh tak datang kelas. Padan muka saya! Takpe, masih sempat tanye kawan besok. Hehehe..

     Niway, disini sahaja pelajaran arab kita pada hari ni. Skang da 1.30 pagi. Masa untuk tidur.. sok sambung study.. Hehehe..

Saturday, January 22, 2011

Friday, January 21, 2011

Broga lagi!

Ok! entry kali ni untuk pic je.. Credit to photographer! ;)

~view dari Broga dalam kul 7 am~

~view dari Broga dalam kul 5 kot~

~muka penat! buruk benorl! hahaha~ 

~selepas berehat sebentar, ni la kerja kami di atas Broga. hahaha~

~bergambar lagi!~

~lagi!~

~dan lagi!~

~dan bergambar lagi! hahaha~

<3<3

~sementara menunggu matahari naek~

:)

~pose terakhir sesudah turun kebawah. Masih boleh tersenyum walaupun penat. huhuhu~

Thursday, January 20, 2011

Broga awesome! ;)

     Semalam time semua orang bercuti Thaipusam, saya, Wana dan rakan-rakannya telah pergi ke Semenyih untuk mendaki Bukit Broga yang adventure giler! Huhu.. Walaupun adventure tapi sangat best coz dapat tengok view KL time gelap dengan cahaya-cahaya lampu yang cantik amat! Then dapat tengok view KL waktu pagi tanpa cahaya lampu, indah sungguh.. And! moment yang paling berharga sekali apabila dapat tengok sunrise dari Broga. Subhanallah! cantik sungguh! Itu la the best moment time kat sana. Walaupun ramai jugak la manusia kat sana tapi tetap best and happening giler! Macam-macam ragam ada, nak2 time nak turun dari puncak. Macam2 stunt ade. Hahahha..
     Mood hari ni malas nak tulis tapi just buat tentative untuk meringkaskan cerita. Heee.. 

*11.30pm - Da berada kat tangga besar UIA untuk menunggu kereta. Tapi macam biasala, janji melayu kan.. kitowang lepak kat tangga besar sampai 1.30 am then baru bergerak. Nasib la kawan-kawan wana sporting and funny giler! so tak la terase sangat menunggu. Huhuhu..
*1.30 am - Semua da ada, kami pun bergerak meninggalkan UIA tapi tak terus ke Broga la, kami lepak minum-minum di Kampung Baru lu. Sambil-sambil berkenalan dengan kawan-kawan Wana.
*Dalam pukul 2 lebih camtula - Kami mula bergerak ke Broga. Tak tawu nak cita apa, saya tidur jek dalam perjalanan. Hehehhe..
*Dlam kul 4 camtu - Tiba di Broga! kami mulakan pendakian dengan bacaan doa dan mulakan pendakian yang sangat mencabar sampai luka-luka tangan. Hahahaha..
* Dalam kul 5 lebih camtu - Tiba di puncak Broga! walaupun tak berapa nak puncak sangat la tapi kami puas! nak naek lagi tinggi tak larat dah. Hahaha.. Time ni la moment paling best. tengok view yang sangat cantik. Then solat subuh kat atas Broga tu. Kemudian kami bergambar sakan kat atas tuh then nengok sunrise beramai2. Awesome! Huhuhu..
* Dalam kul 8 kot - Kami bergerak turun dan pulang. sebelum pulang, bergambar lagi. Hehehehe.. Then kami pergi brekafast kerana masing2 lapar giler! hahaha..

     Best giler dapat peluang pergi Broga. Walaupun best tapi tak nak gi lagi kot sebab penat.. Hahahha... Pic di Broga coming soon.. ;)


Sunday, January 16, 2011

Takut hantu vs Takut Allah

     Ok, persoalan..  Mana satu yang harus kita pilih. Takut pada hantu atau takutkan Allah.. Sangat tidak faham orang yang boleh dikatakan tinggi ilmu agamanya lebih memilih untuk takut kepada hantu yang dia sendiri tak pernah lihat. Duh! Takut untuk bangun pagi mengerjakan solat sunat semata-mata kerana takut hantu?! Apakah?? Alasan untuk tidak dapat bangun pagi untuk study kerana takutkan hantu?! Memang tak paham dan sangat la tak masuk akal! Takutkan hantu?? banyak impaknya kepada individu. Antaranya, menjadikan seseorang itu sangat mementingkan diri sendiri atau erti kata laen 'Selfish!' Itu bezanya individu yang lebih cenderung untuk takutkan hantu dari takutkan Allah s.w.t. Jika kita memilih untuk takut kepada Allah, kita tidak akan ada rasa takut untuk menghadapi makhluk-makhluk Allah yang laen. Jadi, ini akan memberi kesan positif kepada kehidupan kita dimana kita akan rasa tenang dan aman tanpa perlu menyusahkan dan memenatkan diri dengan takutkan perkara-perkara yang tak penting seperti takutkan hantu tu.
     Tak habis lagi bercerita mengenai selfish tadi. Selfish yang dimaksudkan adalah apabila seorang sahabat meninggalkan sahabatnya sendiri hanya kerana hantu yang tak pernah dilihat? Normalkah itu? Ups! 'sahabatkah' itu? Hurm.. Sangat la terasa hati bila teringat balik jasa dan sumbangan yang telah diberikan keatas 'sahabat' ini tadi. Apa-apa sahaja yang nak dibuat mesti akan terfikir tentang 'sahabat' ni.. Buat ni kang risau 'sahabat' jadik camni pulak, buat itu pulak, takut 'sahabat' camtu lak. Senang cita, apa-apa mesti fikirkan pasal 'sahabat' ni la. Manja sungguh sahabat neh! Apa-apa pun Allah tu maha adil. Akhirnya Allah tunjukkan belang si 'sahabat' ni. Begini rupanya perangai 'sahabat' sebenar. Hurm, betul la bak kata pepatah 'sahabat sering menjadi musuh. Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.' Tapi nak ditekankan disini, tidak mahu la bermusuhan, biar la orang buat taik dengan kita, balasannya serah sahaja pada Allah.. Wallahualam..

* Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya.

Saturday, January 15, 2011

Hari ini dirumah. ;)

     Yes! Setelah mengharungi pengalaman yang sangat men'stress'kan jiwa dan raga di kampus, akhirnya saya kini berada dirumah.. ~Home sweet home~ Hehehe.. Perkara pertama yang akan saya lakukan sesampai sahaja dirumah adalah dengan menyervey keadaan bilik saya yang ditinggalkan hampir sebulan. Ya! seperti biasa... Walaupun saya bayar Eric Leong untuk mendeko bilik ni pun, resultnya tetap sama. Bersepah! sudah kujangkakan.. Begitulah keadaan bilik saya jika dihuni oleh adek saya, Hikmah. Sakit jugak la jiwa melihat keadaan bilik, naseb la saya ni penyabar.. ku gagahi la diri mengemas kembali bilik seperti keadaan asal sambil membebel. hahaha.. Bior panas sikit telinga dak hikmah tuh. Ngehehehe..   
     Hari ni, saya, mak, abah dan adek-adek menghabiskan masa diwaktu petang kami dengan bermain bowling. Kami memang la maen tak hengat hari ini. 3 game kami maen hari ni non stop! Hahaha.. Dengan bangganya saya mengalahkan adek-adek saya. Sangat bahagialah apabila ada lawan seperti Hikmah dan Arif. Tiada tekanan langsung untuk menang. Wakakaka.. Walaupun satu game saya tewas ditangan Hikmah, namun tak kecewa langsung. Kurang 1 mata jek pun. Hikmah menang pun sebab abah yang maenkan, lau tak, corot gak budak tuh. Kahkahkah..
     Selepas maen bowling, perkara yang boleh dijadikan satu kewajipan la apabila pulang ke rumah adalah dengan pergi pekena nasi daun pisang. Peh! Tak jumpa lagi nasi daun pisang kat KL. Macam biasa saya melantak nasi daun pisang tu tak hengat sampai sakit perut. Adeh! rasa lagi ni sakit perut. Huhuhu.. Takpe, makan puas-puas kat sini, balik KL tak merasa da..
     Lepas makan, kami pergila ke stesen keretapi untuk beli tiket nak balik besok.. Dengan bahagianya saya diberitahu oleh penjual tiket KTM tu yang tiket ke KL esok dah habis! Pelik gak.. Ade ape-ape perayaan ke sampai tiket leh habis? Tapi takpe, ade reason la gak duduk dirumah untuk sehari lagi. Hehehe.. Tapi, yang tak bahagianya adalah saya terpaksa memonteng kelas arab hari isnin ni. Hurm, tambah yang tuk isnin ni, da 3 kali saya tak datang ke kelas. Da boleh dapat 'love letter' neh. Adeh! tak pernah-pernah kot dapat warning letter. Takpela, warning jek kot. Huhuhu.. apa-apa pun sangat syok dapat duk rumah and hilang semua stress. Kalaulah UIA tu kat belakang umah jek. Hahahha..

*Kamis ni cuti Thaipussam. So, balik UIA isnin malam, sampai pagi selasa then rabu malam balik Kluang semula. Heaven giler! Ahaks!

Tuesday, January 11, 2011

Nak balik rumah!

     Minggu ini adalah minggu yang paling disaster! Bermula dari semalam, hari yang sepatutnya saya datang jumpa dengan lecturer untuk sesi discussion tapi saya tak pergi gara-gara kerja yang perlu dibincang tu masih tidak sempurna. Adeh! Sangat main-main la saya ni! Camne nak jawab ngan madam nanti.. Ya Allah.. Hari ni pulak bermulanya tragedi saya tidak masuk ke kelas walaupun sudah sampai betul-betul depan kelas. Tak berani nak masuk kelas sebab sampai lewat. Bila dengar suara madam dari luar tu tetiba jek meremang bulu roma neh. So, tak jadik la nak masuk.. Memang nak masuk, takde niat langsung nak ponteng tapi last week da lambat masuk kelas. Segan pulak ngan madam.. Kang tak pasal-pasal kena cop pelajar bermasalah plak. Nauzubillah! Adeh! macam-macam kejadian la semester ni.. 
      Sangat stress skang neh! jadik penawarnya adalah wajah mak saya. Harus balik juga minggu ni. Siyes! hilang semua masalah bila tengok wajah mak, walaupun tak cerita lagi masalah kat dia. Huhuhu.. Sesungguhnya emak saya la penawar segala-galanya. Baek sakit mahupun menghadapi masalah.. Kadang-kadang bila sakit tu then dapat dengar suara emak tu automatik boleh sihat. siyes! pahtu lepas habis cakap, datang balik sakit.. Hahahaha.. Macam-macam..
     After balik dari rumah saya kena perlu lebih series dan tak boleh maen-maen da macam sebelum ni.. Mid term da nak dekat, tak leh maen-maen da.. Frankly speaking, dekat sebulan da bagi semester ni saya di UIA, saya banyak menghabiskan masa dengan main and bersuka-suka sahaja. Belajar? boleh kira pakai jari la bape kali jek ngadap buku. Lau ada pun terpaksa sebab lecturer nak tanya. Kalau orang tengok mesti orang akan anggap saya sangat la happy. ya! saya sangat happy! tapi waktu saya bersuka-suka tu je la saya happy, balik tu satu-satu masalah datang. Asignment tak siap, kerja tak siap, bahan tak cari, article tak baca. Adeh! serabut-serabut.. Dulu masa tak berapa nak maen-maen sangat takdela stress sangat macam ni. Skang baru saya nampak reason keserabutan kehidupan saya skang neh. Padan muka saya!
     Apa-apa pun, saya kena pulang jugak minggu ni walaupun terpaksa ponteng kelas hari jumaat neh. Sorry madam.. Sekali ni jek..Huhu.. Tak sabar mahu pulang jumpa family especially mak yang tersayang and anak buah rayyan hakim yang sangat comel dan nakal. hahaha~

* Harus ada rasa gembira dan bahagia dalam diri tapi perlulah berpada-pada and dalam setiap perlakuan dan perbuatan kita haruslah kita selalu ingat pada Tuhan yang satu dan tak lupa juga ibu yang melahirkan.. Nescaya kita akan sentiasa hidup dalam ketenangan. InsyaAllah.. 
Ingin jadik  lebih bagus lagi bila saya bangun esok pagi! ;) stress! go away!